ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS

ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS
harga biasa RM171. Minggu ini hanya RM141. Untuk seorang pelanggan sahaja. Cepat!

Selling and Sharing. Sambil membeli-belah sambil kita bercerita, berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

Sunday, October 31, 2010

TQ8013 O-YES SPIRULINA CEREAL

O-Yes! Spirulina Cereal yang baru merupakan spektrum berkhasiat yang kaya dengan sebatian halus Elken Spirulina organik, Kolostrum IG6, beras perang, oat dan barli:
  • Sumber yang padat dengan protein dan kalsium
  • Diperkaya dengan Taurina untuk penglihatan dan perkembangan otak yang baik
  • Sesuai untuk vegetarian, kanak-kanak dan warga tua
  • Bebas daripada pewarna tiruan atau pengawet

HARGA OYes! Spirulina Cereal (20 paket) = RM 28.80

TQ2014 STOKIN BERTENAGA BIO


Stokin Bertenaga Bio
Stokin Bertenaga-Bio diperbuat daripada kain kapas berkualiti dan ianya mengandungi Bio Seramik yang dapat mengeluarkan pancaran inframerah jarak jauh. Pancaran inframerah jarak jauh dapat merangsangkan bahagian-bahagian tapak kaki dan menggalakkan peredaran darah. Ia juga membantu mencegah pembiakan bakteria dan menyingkirkan bau kaki yang busuk serta melegakan gatal-gatal di tapak kaki. Ia merupakan produk penjagaan kesihatan yang baik untuk seisi keluarga.
Fungsi-fungsi Stokin Bertenaga-Bio
- Membantu menggalakkan peredaran darah dan mempertingkatkan konstitusi serta kekuatan tubuh manusia
- Dapat membantu melegakan kekejangan otot dengan berkesan
- Mencegah pembiakan bakteria, menghilangkan bau busuk, melegakan gatal-gatal dan pendekorteksan kaki
- Dapat menyerap peluh dengan cepat dan berkesan, supaya kaki sentiasa kering dan selesa
HARGA RM35.00

OMBAK

Huh! Letih kendalikan dua blog. Sesekali kena lari dari buat n3 pasal perniagaan. Jom baca puisi. Pendek jer dari koleksi yang pernah saya tulis bertahun-tahun dahulu.
OMBAK

Kata orang:
ombak itu ganas
menggulung menghempas
batu jadi derita
di hakisnya.
Tapi:
ombak itu damai
memberi warna pada alam
memberi indah pada pantai
ramai yang bermain
di sisinya - kataku

Saturday, October 30, 2010

TQ2013 Q SHE


Maklumat Produk
Q~she Diadun dari lobata(pueraria mirifica) gred terpilih, berkesan bagi meningkatkan dan membaikpulih kadar hormon estrogen yang berfungsi mengaktifkan kolagen BAWAH kulit yang mana hasilnya anda akan lihat dan rasai setiap hari.
Q~She akan menegangkan dan menghaluskan struktur kulit, menegangkan payudara dan menghasilkan potongan badan yang menarik.
Formulated from lobata (pueriera mirifica), Q~she is effective for increasing and improving estrogen hormone level that functions to actify collagens under the skin; the results of which you will observe and experience every day.
Q~she will firm and refine the skin structure, firming the breasts and producing attractive looking body.

“KUALITI SEORANG WANITA UNGGUL BERMULA DENGAN PRODUK AJAIB Q~SHE”


Tumbuhan Ajaib Kurniaan Tuhan (Pueraria mirifica).
Pueraria mirifica atau Lobata gred terbaik yang terdapat dalam adunan Q~She adalah anugerah tuhan yang boleh membantu meningkatkan dan membaikpulih kadar hormon estrogen dalam badan wanita yang mengaktifkan kolagen di bawah kulit.

apa itu Estrogen?

Estrogen adalah sejenis hormon yang dihasilkan dari dalam badan kita. Keupayaan dan tahap pengeluarannya mempengaruhi pembentukan bentuk badan seseorang wanita di awal baligh seseorang wanita (biasanya antara umur 9-21 tahun). Selepas wanita berumur 21 tahun selalunya penghasilan Estrogen dalam tubuh akan berhenti dan ianya akan terhasil sekali dalam tempoh sebulan, iaitu ketika seseorang wanita dalam haid.
Seringkali wanita yang tidak menjaga kesihatan diri akan berhadapan dengan risiko terhentinya pengeluaran Estrogen, dan kesannya haid terputus lebih awal dan sekaligus berhadapan dengan menopaus yang terlalu awal. Manakala pengeluaran estrogen yang tidak stabil akan menjadikan pertumbuhan bentuk badan menjadi tergendala dan terbantut, seperti payudara yang terlalu kecil dan saiz badan yang tidak seimbang.
Pueraria mirifica (keluarga Pueraria gred terbaik) kini hanya tumbuh di utara Thailand. Manakala keluarga Pueraria yang lain boleh didapati di beberapa negara lain seperti Filipina dan Indonesia. Terdapat 13 jenis spesies di dalam keluarga Pueraria. Daripada kajian sains bermula dari abad ke-19 lagi, didapati bahawa spesies Pueraria merifica adalah yang terbaik dibandingkan dengan 12 lagi keluarga yang lain. Bahkan keluarga yang lain tidak sesuai dan tidak digalakkan untuk diamalkan.

Kebaikan Pueraria mirifica terhadap kulit :
o Menganjalkan kulit yang telah melendut.
o Menegang dan menghaluskan stuktur kulit.
o Mengurangkan garis-garis halus.
o Menyihatkan kulit yang tidak bermaya agar kembali berseri dan meratakan warna kulit.
o Menghaluskan liang roma dan mengurangkan minyak.
o Kulit kurang kasar dan tidak akan kering.
o Mencegah pertumbuhan jerawat muka dan badan.
o Mencerah dan menghilangkan lebam bawah mata.
o Melambatkan proses penuaan secara berkesan.


Apabila tahap hormon di dalam badan semakin merosot ditambah dengan serangan radikal bebas akan melemahkan dan mengurai serat kolagen di bawah kulit dermis. Pengurangan Proteoglycans juga mengakibatkan kulit hilang keanjalan dan struktur kulit terjejas menyebabkan keadaan kulit menjadi melendut dan garis-garis serta kedutan akan terbentuk.
Peningkatan kadar hormon estrogen akan menggalakkan peningkatan Proteoglycans supaya dapat mengekalkan kolagen dalam susunan yang sekata. Ini menjadikan keadaan kulit kembali anjal dan dapat menghilangkan garis-garis halus dan kedutan.
Kolagen memainkan peranan penting dalam menjadikan kulit licin, anjal dan berseri seperti kulit semasa remaja.
15% daripada tisu kulit manusia terdiri daripada kolagen yang amat penting untuk mengekalkan kelembutan dan keanjalan kulit.

Penghasilan kolagen mulai berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia wanita 25 tahun. Dan pada usia 50 tahun, badan akan kehilangan hampir separuh dari kolegen yang ada. Oleh yang demikian, seseorang itu akan menghadapi masalah kulit kering, tidak bermaya, berkedut, kulit melendut, keguguran rambut dan tidak bermaya, kuku yang lemah dan rapuh. Penurunan kolagen juga akan menyebabkan kehilangan jisim badan tanpa lemak yang mengakibatkan penurunan metabolisma badan, kesannya peningkatan berat badan meskipun tanpa mengambil makanan yang berlebihan akan terjadi.

Kebaikan Pueraria mirifica terhadap payudara dan punggung :
o Mengangkat dan menganjalkan kembali payudara dan punggung yang mengendur.
o Memantapkan lagi bentuk menjadikan ia lebih padat.
o Membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut.
o Menegangkan dan menstabilkan kedudukan payudara.
o Menjadikan payudara dan punggung anda lebih seksi dan mengancam dengan lurah yang lebih jelas dan ketara.
o Mencerahkan puting dan menghilangkan kedutan di sekitar payudara.
o Mengekalkan kecantikan payudara yang sedia besar tanpa membesarkannya lagi,sebaliknya payudara anda akan kelihatan lebih tegang dan anjal, juga sesuai dan efektif kepada mereka yang telah menjalani pembedahan membuang ovari.

Akibat dari kemerosotan dan kekurangan penghasilan kadar estrogen di dalam badan kerana semakin meningkatnya usia, akan merubah bentuk badan seseorang wanita. Selain dari faktor usia, melahirkan anak dan cara pemakanan juga menjadi antara penyebab utama kepada perubahan bentuk badan wanita.

Kebaikan Pueraria mirifica terhadap kuku :
o Mencegah kuku dari menjadi lemah dan rapuh.
o Menguatkan kuku agar tidak mudah merekah dan menyerpih.
o Meningkat dan menggalakkan pertumbuhan kuku yang lebih sihat.
o Kuku akan kelihatan lebih bersinar dan tidak pucat.


Kebaikan Pueraria mirifica terhadap rahim dan vagina :
o Mengangkat dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal.
o Memberi perlindungan maksima ke atas masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim.
o Memberi perlindungan maksima ke atas keputihan dan masalah haid yang tidak teratur.
o Melembabkan jalanan di dalam vagina tanpa merengsakannya.
o Menghalang jangkitan pada vagina dan pundi (bladder).
o Menjadikan dinding dan pintu vagina anda lebih elastik dan ketat semulajadi.
o Menambah dan mengaktifkan cairan semulajadi di dalam faraj,menjadikana anda wanita yang paling istimewa pada suami.Keistimewaan yang hanya anda dan suami dapat rasainya.
o Juga sesuai kepada mereka yang belum berkahwin.

Kebaikan Pueraria mirifica terhadap kesihatan :
o Menambahkan kesegaran, tenaga dan meningkatkan kadar libido (ketahanan).
o Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain.
o Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung,arteriosclerosis, sesudah menopaus dan osteophorosis.
o Mencegah penyakit diabetis dan tekanan darah tinggi.


Kebaikan Pueraria mirifica terhadap rambut :
o Mencegah rambut dari menjadi lemah, tidak terurus dan tidak bermaya.
o Mengawal rambut dari menjadi rapuh dan bercabang.
o Menggalakkan pertumbuhan rambut baru.
o Mengawal keguguran rambut.
o Melambat penuaan rambut dan mengawal rambut dari cepat beruban.
o Menjadikan rambut lebih sihat,bersinar,beralun dan hitam berkilat.

Kebaikan Pueraria mirifica terhadap badan :
o Melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak.
o Membentuk dan merampingkan badan tanpa bonjolan lemak yang hodoh.
o Mencantikkan badan anda tanpa geleber yang memalukan.
Setiap 300mg kapsul Qshe mengandungi :-
Herba Labisia Photolne - 50mg
Pueraria Mirifica - 200mg
Radix Eugenia Dyeriana - 50mg

Kelebihan-kelebihan lain:
Terdapat bukti yang menyokong bahawa phytoestrogen di dalam Pueraria mirifica menyumbang kepada mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (jantung, darah tinggi, dan sebagainya) malahan phytoestrogen mingkin dapat menghalang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular (kencing manis, buah pinggang dan sebagainya).
Amaran

Ibu mengandung dan sedang menyusukan anak hendaklah elak daripada mengambil produk ini. Wanita yang telah disahkan terdapat tumor (barah) pada organ sensitif-estrogen seperti ovari, rahim (uterus) dan payudara hendaklah elak dari mengambil produk ini.

Cara pengambilan, 3 biji sehari sebelum tidur.Tidak diambil ketika sedang mengalami haid.
Terdapat 42 kapsul

Harga: RM68.00

TQ7004 TABLET SUSU KAMBING PERISA KOIPI


Sebagai makanan tambahan, Amat baik untuk pembentukan tulang, mencegah ulser perut dan gastrik.
Perisa terbaru dengan perasa Kopi. 50 TABLET SETIAP BOTOL
WM : RM22.00

Thursday, October 28, 2010

TQ15001 RAINBOW MAT

Diameter: 26"
Very fluffy & fine stitch 
PRICE RM35

Wednesday, October 27, 2010

TQ8001 ELKEN SPIRULINA


Elken Spirulina ialah makanan kesihatan yang berkhasiat tinggi dan diperkuat dengan protein
sayuran bermutu tinggi, Asid Gama Linolelik, Glycogen serta pelbagai vitamin dan mineral. Rumpai
laut beralkali ini mudah dihadam dan diserap ke dalam tubuh. Ia merupakan makanan suplemen
yang sempurna untuk memperoleh kekuatan dan tahap kesihatan yang baik.

Tahukan Anda Kebaikan Spirulina?

Berikut adalah antara kebaikan spirulina:

� sumber pemakanan yang kaya dengan pelbagai zat.
� pembersih darah dan pembuangan toksin.
� mengurangkan keasidan badan akibat pengambilan makanan berasid seperti gula, kopi, soda
dsb.
� membuang toksin di dalam hati dan buah pinggang.
� membantu pengurangan berat badan di samping menambah kadar metabolisma.�
� menguatkan sistem imune (daya menentang penyakit)�
� membersihkan perut dengan membuang toksin di dalamnya dan menyebabkan bakteria-
bakteria baik dapat hidup dengan lebih baik.
� mengurangkan kadar kolesterol dan sakit-sakit yang berkaitan. Spirulina meningkatkan kolesterol baik dan menurunkan kolesterol jahat (LDL).
� mengurangkan radang arthritis (sakit sendi). Pesakit arthritis juga mungkin mendapat manfaat kerana sifat spirulina yang menguatkan sistem imune.
� merangsang thyroid

Perkara-perkara lain

Spirulina selalunya diambil dalam kuantiti yang sedikit. Oleh itu kegunaannya sebagai sumber protein mungkin tidak begitu ketara.
� Spirulina mengandungi gula tetapi ia adalah dalam bentuk rhamnose (dan glycogen). Oleh itu pesakit kencing manis tidak menghadapi masalah mengambilnya.
� Jumlah yang perlu diambil untuk memberikan kesan-kesan baik kesihatan adalah tinggi. Dalam erti kata lain, pengambilan yang banyak adalah perlu sebelum kesan baik dapat dilihat.
� Spirulina adalah selamat untuk wanita mengandung malah pengambilannya boleh digalakkan.Ia mengandungi zat besi yang baik untuk pembinaan darah.
� Ada jenis algae yang mengandungi toksin seperti microcystin. Ia boleh menyebabkan cirit-birit dan pening-pening dan membawa mudarat kepada kesihatan. Pastikan anda mengambil spirulina dari syarikat yang berwibawa sahaja.
� Pengambilan spirulina adalah sebagai supplement sahaja. Oleh itu sekiranya anda ada mengambil apa-apa ubat, anda hendaklah meneruskannya.
� Pengambilan yang disyorkan ialah sehingga 5 gram sehari

Spirulina Elken terbukti berkualiti dan berkesan, telah membantu ramai org serta laris jualannya.....jika tidak, Elken tak berani nak keluarkan 3000 biji sebotol! Elken spirulina telah byk membantu pesakit yang memerlukan malah memberi tenaga tambahan bagi kita yang mengamalkan spirulina..

ELKEN SPIRULINA DI JAMIN KUALITI

1. PENGESAHAN DARIPADA PERSATUAN MAKANAN KESIHATAN JEPUN (JHFA) SEBAGAI PRODUK KESIHTAN YANG BERKUALITI.
2. DIIKTIRAFKAN OLEH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSSIA SEBAGAI MAKANAN HALAL
3. DI ANUGERAHKAN EMAS TAIWAN PADA TAHUN 1998
4. MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA PIHAK BERKUASA KAWALAN DADAH
5. (DCA) DI BAWAH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
6. DI BERI SIJIL ANALISIS OLEH MAKMAL UJIAN BEBAS YANG DI TAULIAHKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA UNTUK SETIAP KUMPULAN PADA DUA PERINGKAT
7. BAHAN MENTAH SEBELUM PENGILANGAN
8. PRODUK LENGKAP- IA MENGESAHKAN BAHAWA KUMPULAN TERSEBUT ADALAH SELAMAT DAN BEBAS DARIPADA SEBARANG PENCEMAR BIOLOGI BAHAN KIMIA DAN PENCEMAR TIDAK ORGANIK.
9. DIUJI OLEH ISNTITUT SAINS PERIKANAN KEBANGSAAN UNIVERSITI TAIWAN BAHAWA IA ADALAH BEBAS DARIPADA MIKROSISTIN DAN SELAMAT DI MAKAN OLEH MANUSIA, TIDAK MENGIRA IBU MENGANDUNG, BAYI, KANAK2 .
10. DI KILANG OLEH GMP (PROSES PENGILANGAN BAIK) DAN KILANG ISO 9001 : 2000

HARGA :-
250 TABLETS - RM98.00
500 TABLETS - RM171.00
1200 TABLETS - RM381.00
3000 TABLETS - RM777.00

DIARI SABTU- AHAD

Tiadalah serinya Dunia TashQash kalau tanpa Tasya dan Aqash. 
Hari ni nak upload Diari Sabtu-Ahad Natasya Puteri dan Aqasyah Putera untuk kenangan. Diari yang sibuk, memenatkan tapi at the same time sangat membahagiakan.

Mula dengan malam Sabtu, Abah sampai dari KL. Kami terus gi dinner. Memang lapar sangat. Saja tunggu Abah sampai baru nak makan. Lokasi dinner kami ialah di Restoran  Ikan Bakar kat Jalan Pengkalan Chepa. Ibu yang teringin sangat nak makan ikan bakar sebenarnya. Fuh! Memang sedap. Pilih jer ikan mana yang nak dan akan dibakar di situ. Tasya dan Aqash tak suka pun ikan bakar, tapi tetap berselera makan walau hanya berlaukkan kuah singgang dan keropok goreng.
pilih ikan segar untuk dibakar
jangan lupa ulam-ylaman
favourite Abah. Singgang
ikan dan siap bakar. Budu dan sambal pun ada
Aqash makan dengan penuh selera
Tasya leka perhatikan ikan sedang dibakar
. Habis cerita ikan bakar. Balik rumah dah dekat pukul 11 malam. Singgah beli nasi bungkus untuk Tok. Abah dan keletihan. Anak-anak biasalah kalau tak melepasi jam 12 malam jangan harap nak tidur.
Pagi Sabtu Abah ada kelas kat UMK dulu. Dah janji balik kelas ada program dengan anak-anak. So ibu pun terkejar-kejarlah siapkan apa yang aptut kat rumah sebab lepas ni nak keluar. Yang penting kena uruskan mama dulu. Pastiukan lunch untuk Tok dah sedia. Abah balik jer terus keluar.
Mula-mula gi stokis Elken. Ambil barang yang customer order.
tunggu ibu ambil barang
Abah sedang cuba produkn Elken Kington
Selesai di Elken terus gi beli lunch. Beli Nasi Kak Wok. Sedap! Kalau datang Kelantan mesti cuba ni. Lauknya cuma ayam goreng, tapi memanmg sedap. Tak hairan kalau ramai sangat orang kat Kedai Kak Wok.
inilah rupanya Nasi Kak Wok
Sari Kubang Krian terus ke Pulau Melaka. Abah nak ambil Abang Hakim dan Abang Jiji dari asrama. Inilah tempat Abang Hakim dan Abang Jiji belajar:
Mahad Darul Anuar

sementara tunggu abang datang, minum air dulu
Lunch time. Nasi Kak Wok dah beli, so seperti yang dirancang. kami ke Pantai Irama Bachok. Bahagianya anak-anak ibu. Tak nak makan. Kisah nak main jer!
Abang Hakim bukan main mesra lagi dengan tasya biarpun sesekali bertemu
kenang2an sama abang hakim dan abang jiji
Abang Hakim dapat tangkap anak ketam. First time Tasya and Aqash dapat tengok anak ketam
ibu belika ais krim untuk semua orang
Main layang-layang. Seromoknya tasya. Layang-layang terbang melayang....
Sementara orang lain sibuk main ombak, makan ais krim, masin layang-layang, Aqash sibuk dengan hal  dia

By the time nak tinggalkan pantai Irama, kamera ibu dah habis bateri. So.... no more  gambar. Kami ke Kampung Kuchelong. Jauh kampung tu kat daerah Bachok. Jenuh bertanya sana sini baru jumpa. Sayang ibu tak dapat snap gambar suasana kampung yang hijau dan segar.Selesai urusan kat kampung Kuchelong terus ke Mydin beli keperluan Abang Hakim dan Abang Jiji kat asrama. Lepas tu gi dinner dan hantar abang balik asrama. Fuh! sehari yang meletihkan. Balik rumah hampir jam 10. 
Pagi Ahad, Abah ada urusan lagi kat UMK. Macam biasa anak-anak tunggu Abah balik dengan tidak sabarnya. Balik dari UMK gi beli lunch. Yang ini pun ibu teringin nak makan. Ish! macam2lah pula ibu nak makan semenjak dua menjak ni.
roti tempayan dan kari kambing. Fuh! Memang sedap
  Siap beli terus ke Tesco. Shopping keperluan anak2. 
Tesco Kelantan ada tulisan jawi. hehe!
 Ibu singgah Pejabat pos dulu, pos barang-barang yang customer order. Pastu gi beli apa yang perlu.Inilah selalu gelagat tasya kalau kat Tesco, nak tolak troley sendiri. Orang lain jangan sentuh.... Tasya boleh buat


Pulang dah senja. Malamnya Abah dah kena fly ke KL semula. 
Bye! Abah. Nanti balik kita jalan-jalan lagi ya? 
ok lepas ni ibu kena back to work! Banyak stok yang baru sampai kena upload.

Monday, October 25, 2010

TQ7003 SPYHRU CAFE

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyatakan bahawa Spirulina adalah makanan ideal untuk manusia manakala WHO mengumumkan Spirulina adalah makanan yang selamat untuk diamalkan dan kaya dengan nutrisi serta baik untuk kanak-kanak.

Pakar dari seluruh dunia telah menjalankan penyelidikan lebih 40 tahun dan membuat kesimpulan bahawa Spirulina mempunyai faedah seperti berikut:

- Meningkatkan sistem imun.
- Mengurangkan kolestrol dan lemak.
- Baik untuk sistem penghadaman.
- Membantu proses pembuangan toksin.
- Anti-oksidan dan mengurangkan risiko kanser.

SpyHRu Cafe HR adalah minuman kesihatan ideal rumusan istimewa kombinasi susu kambing dan Spirulina yang baik untuk kesihatan yang berpanjangan. Ianya mengandungi 25 mineral, vitamin A, B, E, dan H, Beta Carotena, Asid Folik dan nutrisi lain yang menjadikannya unik dan tiada tandingan. Gabungan anugerah alam antara Susu Kambing Asli, Spirulina, kopi serta koko berkualiti menjadikan SpyHRu Cafe keluaran HR sebagai minuman ideal untuk menjana kesihatan dan kebahagia


20 SACHET X 21G
Harga: RM 22.00 (Semenanjung Malaysia)
RM 26.00 (Sabah & Sarawak)

Sunday, October 24, 2010

TQ2012 FANTASIA MAGIC COLOUR LIPSTIC


Lipstik yang di cipta khas bagi wanita yang mementingkan kecantikan bibir secara natural
kelebihan lipstik fantasia
  • -Reka bentuk yang unik serta ringan memudahkan ia dibawa ke mana
  • -Bertukar warna mengikut peredaran darah
Harga:
Semenanjung: RM29.00
Sabah/Sarawak: RM31.00

TQ1001 BUKU KANAK-KANAK RM1




Buku kanak-kanak sesuai untuk bacaan kanak-kanak sekolah renda. Tebal antara 18 ke 22 muka surat. Ada pelbagai pilihan judul. Cuma RM1 untuk sebuah buku. Kos pos percuma kecuali jika mahu buku itu di pos menggunakan pos daftar atau pos laju. Bolehlah pilih judul dari senarai di bawah:



1.Ahli Syurga Yang Berterompah
2, Aneka fakta Menarik Dunia
3, Bakal Ahli Pedang  4. Bidan Puaka
5, Bintang Bola  Sepak Dunia
6, Bomoh Ular
7. Buku Bergembira dan Menguji Minda  8. Dosanya Sebesar Tujuh Petala Langit dan Bumi
9. Duga Akal
10  Formula Menguasai Sifir
11 Gagal Dalam Ujian
12 Hansel dan Gretel
13  Hantu Bukit
14  Harimau Bergigi Emas
15  Istilah Matematik dan Sains
16 Jejak-jejak Berdarah
17 Kalung Siti Fatimah
18. Kamus Agama Islam
19 Kamus Info Sains
20  Kamus Matematik
21 Kamus Visual Sains
22 Kancil Tidak Selamanya Bijak
23 Kapak Emas dan Kapak Perak
24 Karangan dan Surat Kiriman Dwi Bahasa
25 Kata Banyak Makna Bahasa Melayu
26 Kekasih Rasulullah
27 Kenali Ciptaan-ciptaan Teknologi Terbaru
28 Kenapa Menangis
29 Ketawa Sebentar
30 Kisah Musang Berjanggut
31 Kisah Nujum Pak Belalang
32 Kisah Pengembaraan Awang Seuling
33 Kisah Rasulullah Dengan Pengemis Yahudi Yang Buta
34  Kisah Robinson Crusoe
35 Kisah Seribu Bulan
36 Koleksi Terpilih Contoh Karangan dan Surat Kiriman
37 Lanun di pulau patung
38 Lelaki Kelawar
39 Lelaki Terbang
40 Lelaki Tua Berjubah Putih
41Lindungan Malaikat
42 Mari Belajar Origami
43 Mari Belajar Origami 4
44Mari Belajar silap Mata 2
45 
Mari Belajar Silap Mata 4
46 Mari Berteka-teki
47 Mari Berteka-teki 3
48 Mengenal Dunia Angkasa Lepas
49 Mengenal Internet
50 Nota Padat Sains Tahun 4 5 dan 6
51  Pahlawan Angkasa
52 Pahlawan Berkuda
53 Pahlawan Dua Sayap
54 Pahlawan Zorro
55 Panduan Asas Fardhu Ain
56 Pantun Budi Nasihat dan Pendidikan
57 Pantun Jenaka dan Permainan Untuk KBSR
58 Pejuang Yang Sial
59 Pemegang amanah
60 Penanggung Al Quran
61 Pengembaraan Gulliver
62 Pengemis Dengan Saudagar
63 Penghimpun al Quran
64 Puteri Cempaka Sari
65 Puteri Dua Belas
 66 Rekod Malaysia dan Rekod Dunia
67 Sang Kancik Gajah dan Tenggiling
68 Sahabat Yang Tidak Jujur
69  Saintis Muda Eksperimen sains yang mudah
70  Senjata Makan Tuan
71 Serigala jadian
72  Serigala Yang Bodoh dan Tuan Puteri Dengan katak
73 Siapa Mencipta Apa
74  Simpulan Bahasa Bergambar
75 Si Nakal Sin Chang Mengikut Mama Membeli-belah
76  Singa Allah dan Penghulu Shuhada Dalam Syurga
77  Siput Yang Cerdik
78 Si Tempang
79 Si Tudung Merah
80 Strategi Belajar Lulus Peperiksaan
81 Susu Berwarna Merah dan Ibu Abu Nawas Meninggal Dunia
82 Terlepas Dari Kesulitan
83  Terperangkap Di Dalam Gua
84 Tok Janggut Pahlawan Terbilang
85 Wang Emas Di Dalam Buah Labu dan Keldai Yang malas

RM1 SAHAJA UNTUK SEBUAH BUKU 
Custom Glitter Text
syukran

sudi mengikuti Dunia TashQash. Terima kasih...

Aksi Kenangan

Renung-renungkan....

Tasya and Aqash bela hamster la pulak...