lama Dunia TashQash tak share apa-apa kan? Asyik selling jer.
Oklah. Hari ni nak share sesuatu yang ringkas tapi mungkin ramai yang belum tahu barangkali.
Sukakah anda membuat simbol ini?
Jika ya, ada baiknya anda baca artikel ringkas ini. Semoga memberi manfaat bersama
Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).
Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).
Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud :Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).
Oklah cukup dulu untuk sharing kali ini Salam dari Dunia TashQash Selling and Sharing.
Diabeherb merupakan rumusan bahan semulajadi yang digunakan secara tradisional untuk memberi perlindungan maksima ke atas penyakit kencing Manis dan Darah Tinggi, menambah tenaga, menghilangkan letih, melawaskan pembuangan air kecil dan melegakan sakit pinggang RM 197.00
Info Vitamin C- (ESTER C) Anda penghisap rokok, ingin berhenti? Atau ingin menjaga paru-paru anda ? Nak mendapatkan kulit lebih berseri, kini tak perlu dapatkan suntikan lagi!! Begitu juga dgn masaalah resdung, kerap selsema, semuanya boleh di atasi dengan Ester C yang telah mendapat kelulusan dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA - MAL 19992161XR (ESTER C - BERBEZA DARI VITAMIN C LAIN DI PASARAN KERNA IA 4 KALI LEBIH BIOKETERSEDIAAN DARIPADA BANYAK VITAMIN C YANG LAIN.) Fungsi Penting Vitamin C- WIN ESTER C500 Daripada semua vitamin dan galian yang diambil oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia,Vitamin C telah menarik lebih perhatian berbanding dengan yang lain selama lebih 30 tahun. Ia telah terbukti memainkan peranan yang penting dalam hampir semua aspek kesihatan kita dan berikutan itu,tidak hairanlah apabila ia diberi tarikan hebat dan menjadi bahan kajian kepada saintis sejak berdekad lamanya. Faedah Vitamin C tidak terhad kepada pencegahan sawan, sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun). Kajian saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah sesetengah jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan jantung, masalah alahan malah juga ketidaksuburan di kalangan lelaki. Ia juga diketahui mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam dan demam selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan system imun(pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.
Time for sharing. Kali ni saya kongsi artikel ni dengan pengunjung Dunia TashQash. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya. Dunia TashQash, not only selling but also sharing. Jom baca!
10 Tabiat Yang Merosakkan Otak
1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Fujita Lactose-S ialah minuman kesihatan yang unik dan dirumus khas untuk membersihkan kolon dengan sempurna. Ia amat berkesan untuk merangsangkan pembuangan najis terlonggok bagi menyingkirkan bahan kumuhan, toksik badan dan benda buangan usus lain yang merbahaya. Minuman tambahan ini mengandungi enzim, laktos terutamanya Lactobasilus, serabut diet, ekstrak daripada benih Coix Lachryma dan komponen penguat kesihatan yang lain.
Membantu menyingkirkan toksin terkumpul dan najis berlonggok dalam usus. setiap peket mengandungi 1 bilion bakteria Bifidus, sejenis probiotik yang menghasilkan asid laktik yang berfungsi meningkatkan populasi bakteria berfeadah dan menggembalikan kesihatan usus.
Cadangan
Fujita Lactose-S sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit dan menjalani program melangsingkan badan.
Cadangan Pemakanan
1 paket setiap kali, berterusan selama 3 hingga 6 hari. Kemudian, 1 paket setiap minggu. Larutkan dalam segelas air sejuk, susu segar atau jus buah-buahan. Elak daripada makanan (solid foods) sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dan selepas mengambil Fujita Lactose-S.
TERDAPAT DALAM PERASA OREN DAN YOGURT ASLI
Pembungkusan: PEK 3 - Oren Sahaja RM 83 PEK 6 RM 150 PEK 10 RM 240
Ragam Tasya yang macam2. Dulu suka tengok Upin Ipin. Lately suka sangat dengan Cinderella. Macam biasalah bila Tasya suka, mesti suruh ibu mesukkan kat Dunia TashQash.
Oklah my Cinderella. Untuk mu yang tersayang ibu tunaikan permintaan itu. Jom tengok sama-sama. Ibu pun penat sangat sehari dua ni dengan bisnes yang alhamdulillah semakin dapat sambutan.
Dr-Xeniji melalui satu proses penapaian lengkap melebihi 1000 hari. Ia mengandungi lebih daripada 50 jenis buah-buahan, sayur-sayuran & Muscovado yang diuraikan kepada satu mikro-nutrien spektrum luas yang bioaktif dan kalis enzim untuk membantu penyerapan cekap nutrien. Ini merangsangkan fungsi-fungsi pemangkin untuk meningkatkan fungsi-fungsi metabolik secara keseluruhan untuk penghasilan serta penggunaan tenaga yang cekap dan sistem usus yang sihat.
Yang PERTAMA dan SATU-SATUNYA makanan berfungsi tertapai yang diperakui oleh JACT (Persatuan Perubatan Alternatif, Komplementari & Tradisional Jepun)
53 kajian dijalankan oleh 16 Badan Bebas / Pengusaha Penjagaan Kesihatan
Makanan kesihatan diuji dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Jepun serta Yayasan Persatuan Kesihatan / Makanan Berkhasiat (JHFA) dan terbukti baik untuk kesihatan dan mampu meningkatkan keadaan badan.
Apabila anda jatuh sakit dan seseorang mengatakan bahawa air minuman anda mungkin puncanya beliau mungkin betul. Mengikut bank dunia, 88% daripada semua penyakit di dunia disebabkan oleh air minuman yang tidak selamat, sanitasi yang tidak mengcukupi dan kebersihan yang tidak terjamin.
Akrabnya manusia dan segala makhluk yang bernyawa di alam ini dengan air telah diterangkan oleh Allah dalam al Quran:
"Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup, maka mengapakah mereka tiada juga beriman"
Surah al Anbia' : 30
Tahukan anda
Sebanyak 500 juta ton logam berat, pencair dan kumbahan toksik terserap ke dalam bekalan air kita setiap tahun. Di negara-negara membangun, 70% daripada sisa industri yang tidak dirawat dibuang ke dalam sungai dan tasik - UNESCO.
70% daripada tasik dan sungai di Negara China kini dicemar dengan sisa industri, menyebabkan 300 juta orang "terpaksa bergantung kepada bekalan air tercemar" - GREENPEACE.kualiti air
Kualiti air minuman mempunyai impak secara langsung pada kesihatan kita. Peranan air dalam badan kita ialah untuk :-
Detoksifikasi
melincirkan sendi-sendi
menyokong sistem penghadaman
mengawal suhu badan
menghantar nutrien dan oksigen ke sel-sel.
cuba kita fikir kenapa ubat-ubatan yang kita ambil tidak berkesan terhadap tindakbalas badan. Ini kerana :-
Ubat tidak dapat dimetabolisme oleh badan
Ke mana ia berakhir?
ke dalam tandas....dibuang secara sengaja melalui sistem kumbahan.
Apa yang perlu dilakukan?
untuk membantu mencegah masalah kita memerlukan sebuah sistem penulenan air yang menghasil H2O sempurna sahaja.
Memperkenalkan Elken BIOPURE KEN SERIES adalah produk mesin air yang tiada tandingannya di Malaysia pada masa sekarang. Kelainan daripada jenama lain ialah :
1.Mempunyai sistem bilasan yang mana ianya dapat menyingkirkan bahan pencemar dari permukaan membran R.O untuk memanjangkan tempoh hayatnya dan juga ianya memastikan membran R.O sentiasa mencapai prestasi penulenan yang optimum serta mencegah pencemaran semula.
2.Mempunyai membran sehalus 0.0001 mikron yang mana dapat menyingkirkan bahan pencemar seperti bakteria, virus, bahan pencemar bukan organik, logam berat dan ubat-ubatan.
3.Mempunyai rangkaian servis dan sokongan terbesar di Rantau Asia Tenggara. Mempunyai lebih 150 orang juruteknik yang profesional dan mempunyai lebih 150 kenderaan perkhidmatan beserta alat-alat ganti dijamin 100% asli. Pusat Perkhidmatan yang di Semenanjung (Ipoh, JB, Kota Bharu, Kuala Lumpur, Kuantan, Melaka, Pulau Pinang, Seberang Jaya, Kota Kinabalu, Kuching, Miri, Sibu, Singapura dan Brunei).
4.Penapis air yang paling dipercayai oleh pengguna yang mana lebih daripada 1,000,000 orang telah menikmati air sempurna setiap hari.
AIR REVERSE OSMOSIS (R.O) DIGUNAKAN DI PUSAT-PUSAT DIALISIS KERANA IA ADALAH AIR TERBAIK UNTUK BADAN KITA. JANGAN TERPENGARUH DENGAN SISTEM PENAPIS YANG MAMPU MEMBEKALKAN PELBAGAI MINERAL KERANA BUKAN SEMUA MINERAL BAIK UNTUK TUBUH BADAN, MALAHAN ADA YANG MEMUDARATKAN. BADAN KITA HANYA MEMERLUKAN H2O. DAPATKAN YANG TERBAIK UNTUK KELUARGA ANDA
Salam buat semua pengunjung Dunia TashQash. Semoga artikel yang saya anggap hebat dan menarik ini dapat memberi manfaat buat kita semua. Semoga ini menepati slogan Dunia TashQash Selling and Sharing.
Syarat mendirikan solat ialah mengambil wuduk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wuduk.
Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?
Banyak rahsia berwuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wuduk yang dapat diungkapkan ialah:
Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Pakar Urat Saraf / neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Anda tentu pernah mendengar akupuntur kan? Cuba cari dan ketahui dimana terletaknya titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupuntur?kemudian hayati rukun wuduk. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
Anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupuntur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu antara sistem saraf dan hormon untuk mewujudkan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupuntur merupakan suatu fenomena yang menarik bila berkaitan dengan syariat wuduk yang disyariatkan 15 abad yang lalu.
Jumlah Titik Akupuntur Pada Anggota Wuduk(rukun dan sunat)
Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk!
Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…
Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:
Dari ilmu ahli akupuntur,pada celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang secara istmewa ianya dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.
Berkenaan telinga pula, walaupun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.
Terdapat 125 titik akupuntur pada telinga apabila disentuh semasa mengambil wuduk.
Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wuduk…
HIKMAH BERWUDUK DARI SUDUT SAINS
Sesungguhnya setiap syariat yang difardukan ALLAH kepada manusia mempunyai rahsia yang tersendiri. ALLAH mewajibkan umat Islam berwuduk sebelum melakukan solat, malah umat Islam disunatkan berwuduk dalam banyak keadaan lain seperti ketika ingin membaca Al-Quran, tidur, mandi wajib dan sebagainya.
Mengapakah wuduk begitu dititikberatkan di dalam Islam?? Apakah rahsia yang tersirat di sebalik perlakuan berwuduk?
Mari kita menyingkap hikmah berwuduk dari teropong sains dan kesihatan.
Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man's Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis satu artikel yang bertajuk "Muslims Rituals and their effect on the person's health" (Ibadah Muslim dan kesannya ke atas kesihatan seseorang). Di dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa berwuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots. Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi dirangsang ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.
Mengikut ilmu perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Apa yang menakjubkan ialah 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wuduk utama orang Islam. Lima lagi berada di kawasan di antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk. Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud: "Sesiapa yang mampu di antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya."
Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel pula bermaksud membasuh tangan melebihi siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali iaitu di antara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebut di dalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A.Qadir Hassan, Mu'ammal Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanany B.A. (Pustaka Ilmu, Surabaya).
Selain daripada ibadah, wuduk juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit. Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.
Di samping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk: "Prayers: A Sport for The Soul and Body" bahawa berwuduk boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini adalah kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran tersebut.
Benarlah ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA....
Sedang mengemas-ngmeas fail dalam komputer ni, tiba-tiba terjumpa pula gambar ni. Terasa nak upload sebagai kenangan. Memori indah waktu rajin berkarya dulu.
Indahnya kenangan ni. Pertama kali bersalaman dengan TPM waktu tu. Pertama kali jadi tumpuan jurugambar serta wartawan. Esoknya hampir setiap akhbar utama keluarkan berita kejayaan itu di muka hadapan. Berdering2 telefon yang diterima daripada kenalan dan saudara mara mengucapkan tahniah.
Itulah antara memori indah yang selamanya akan abadi dalam ingatan. Mungkinkah suatu hari aku akan dapat mencipta kejayaan begini lagi. Mungkin.... bukan mustahil. Insya Allah. Semoga Allah akan memberikan aku kekuatan dan lkelapangan untuk kembali berkarya.
Persekitaran dalaman merupakan persekitaran hidup langsung sel, tisu, organ dan sistem badan. Ia merupakan bendalir yang membantu menyelaraskan setiap fungsi badan. Persekitaran dalaman merangkumi:
1 – ICF – Cecair Dalaman Sel (Internal Cell Fluid)
2 – ECF – Cecair Luaran Sel (External Cell Fluid)
(i) – Plasma Darah – menyalurkan nutrien yang diperlukan dan bahan buangan sel-sel badan.
(ii) – ISF – Cecair Perantaraan Sel – Cecair di antara sel tisu.
(iii) – TCF – Cecair Sel Trans – Cecair rembesan sel, seperti cecair Serebrospinal, jus pankreas, jus gastrik, jus hempedu, cecair intestinal, air liur dan lain-lain.
Plasma hidup KINGTON merupakan cecair dari lautan yang membolehkan sel beroperasi dan berinteraksi secara normal, justeru menggalakkan sel, tisu, organ dan sistem badan berfungsi secara normal.
KINGTON mempunyai 5 kenunikan:
1 – Ianya diperolehi daripada pusaran lautan pembiakan plankton
2 – Mengandungi 83 jenis elemen Bio-Ketersediaan
i – Mineral berhablur
ii – mengalirkan tenaga elektromagnetik
iii – Komposisi Kington berpadanan dengan cecair luar dan plasma darah
iv – Sel darah putih kekal sihat
3 – Ditemui oleh Rene Quinton – seorang ahli sains, biologis, fisiologis dan humanis
4 – Telah diguna melebihi 100 tahun dan disokong oleh pengunaan klinikal yang meluas
5 – Teknologi canggih – pensterilan dingin, Tanpa haba, UV dan sinaran radioaktif
Antara kebaikan-kebaikan KINGTON adalah:
- Membantu mengekalkan keseimbangan persekitaran dalaman badan:
- plasma darah
- Cecair amnion
- Cecair Serebrospinal
- Cecair Limfa
- Jus Pankreas
- Jus Gastrik
- Jus Hempedu
- Cecair Intestinal
- Air Mani
- Air Liur
- Pediatrik
- Membantu penyerapan nutrien, menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan yang optimum untuk kanak-kanak
- Dermatologi
- Kandungan mineral yang seimbang membantu pembentukan kolagen yang optimum
- Ginekologi
- Menyokong fungsi glandular yang optimum, kesihatan vaginal dan kitar haid yang normal dalam kesihatan untuk wanita
- Penjagaan Pranatal
- Menyokong perkembangan fetus yang optimum
- Neurologi
- Menyokong fungsi otak yang optimum dan perkembangan neuron dalam penjagaan sistem saraf
- Penjagaan Sistem Pernafasan
- Memulihkan fungsi pernafasan ke tahap normal
- Penjagaan Sistem Endokrin
- Membantu penghasilan hormon yang optimum dengan kehadiran mineral dan asid amino bio-ketersediaan
- Penjagaan Sistem Gastro-Intestinal
- Memulihkan pH usus dan fisiologi ke tahap normal; menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus dan menggalakkan metabolisme asid amino
- Penjagaan Pergigian
- Membantu menguatkan gudi dan menggalakkan pH mulut yang optimum dan pembiakan bakteria mulut yang sihat
Insan biasa yang sederhana.
Ibu kepada Naeema Natasya Puteri dan Aizuddin Aqasyah Putera. Dua permata yang ingin digilap menjadi insan berguna. Insya Allah.
Isteri kepada Mohd Ghazali Abdullah, suami tercinta yang sentiasa menerima diri ini seadanya.
Puteri bongsu kepada Ayahnda Ainuddin bin Lote dan bonda Wan Naimah Wan Yussof. Dua insan yang sentiasa ingin kubahagiakan selagi terdaya.
Baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.
Mencintai buku dan dunia penulisan.
Diriku.... Duniaku.... ada sejuta cerita dan warna.
1 Barangan yang dijual dikedai TashQash terdiri dari barangan baru dan terpakai
2) Untuk barangan terpakai terutamanya pakaian please consider and understand it was not 100% perfect and do accept "as is" condition.
3) Barangan yang dijual adalah ''FIRST COME FIRST SERVE"
3)''BOOKING''hanya dibenarkan selama 5 hari sahaja(tapi atas persetujuan kedua belah pihak booking boleh dilanjutkan lagi)JANGANLAH SENYAP JE...
4)Pembayaran boleh dibuat melalai acc MAYBANK2U atau RHB Bank atau Bank Simpanan Nasional mengikut keselesaan pelanggan No akaun (akan diberi kepada yang betul-betul nak beli)
5)Sebarang pertanyaan atau berminat tentang barangan bolehlah hubungi Amy melalui email emisu@hotmail.com atau SMS/call 0129724377
6) Kos penghantaran adalah seperti berikut: - Percuma untuk barangan tertentu sebagaimana dinyatakan dalam iklan. - Untuk barangan lain, kos yang dikenakan ialan POS PARCEL...SEMENANJUNG:-RM7.00 dibawah 2kg. SABAH/SARAWAK-RM10.00 dibawah 1kg. POS LAJU.......SEMENANJUNG:-RM6.00 (500g) SABAH/SARAWAK-RM9.00(500G) - POS EKSPRESS RM5 untuk satu atau 2 item.
7) Pihak TashQash tidak akan''BERTANGGUNGJAWAP"diatas sebarang kelewatan atau kerosakkan barangan semasa proses penghantaran.
8) Setiap barangan yg dijual tidak boleh ditukar atau dipulangkan dan wang tidak akan dikembalikan. Sila pasti kan terlebih dahulu saiz sebelum confirm order yer