Judul : Mulanya Perjalanan
Pengarang : Amy Suzani Ainuddin
Penerbit : KarnaDya
Genre : Novel Remaja Awal
Mukasurat : 148 halaman
Harga RM8 termasuk pos
Tiba-tiba sebak didadanya tidak lagi mampu dibendung. Sesaat itu, Fazli rasa matanya panas. Air matanya mengalir laju. Bahunya mulai bergegar menahan tangisan. Itulah tangisan yang dipendamnya sejak lebih tiga tahun dulu. Sungguh dia tak pernah mendedahkan perasaan itu kepada sesiapa pun sebelum ini.
Fazli menarik nafasnya, mencari kekuatan sebelum menyambung kembali bicaranya. "Fazli ingat masa kecil-kecil dulu, kakak pernah turun ke dalam longkang besar untuk mengambil kereta mainan Fazli yang terjatuh. Fazli juga masih ingat bagaimana kaki kakak luka kerana terpijak kaca dalam longkang itu.
No comments:
Post a Comment