ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS

ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS
harga biasa RM171. Minggu ini hanya RM141. Untuk seorang pelanggan sahaja. Cepat!

Selling and Sharing. Sambil membeli-belah sambil kita bercerita, berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

Monday, May 31, 2010

KASIH IBU VERSI TASYA



Hadiah Tasya untuk ibu

Kasih ibu kepada beta
tak terhingga sepanjang masa
hanya memberi tak harap kembali
bagai sang suria menyinari dunia.


Thank you sayang.
Tasya dan Aqash adalah kekuatan ibu.
Moga dewasa jadi insan berguna.

Saturday, May 22, 2010

Tasya oh Tasya!




Salam Semua. Blog tak berupdate sekian lama. Aduh nak buat macam mana, kesibukan dan dugaan bersilih ganti. Alkisahnya si Tasya puteri kesayangan dimasukkan ke hospital. Alergic yang teruk. Tengoklah apa terjadi pada wajah comel Tasya. Bila anak sakit ibu pun terasa sakitnya. Bila Tasya dah keluar hospital, banyaklah kerja yang tertangguh terpaksa di selesaikan.

Apa-apa pun alhamdulillah Tasya dah sihat. Insya Allah akan cuba buat posting sekerap mungkin.

Saturday, May 8, 2010

TQ3002 BUNDLE HANDBAG 2


Condition memang masih elok. Cuma kain alas dalam poket berzip di depan beg yang koyak sedikit. Tapi tak menjejaskan penampilan. Kulit asli cuma jenama jer kena potong.
RM20 sahaja.

TQ3001 Bundle Handbag 1


Masih dalam keadaan baik. Kulit asli. Tapi jenama dah kena potong. Masih cantik.
RM20 sahaja.

Thursday, May 6, 2010

Salam Perkenalan.



Salam semua. Alhamdulillah akhirnya dapat juga memulakan posting untuk blog ni. Tak tahulah sejauh mana sambutan. Tapi Insya Allah akan cuba buat yang terbaik dan akan dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Saya Amy Suzani. Ada yang panggil Su ada yang panggil Amy. Tak kisahlah mana-mana pun. Yang penting harap dapat jalinkan hubungan mesra dan ikhlas dengan semua. Dalam usia 40an baru dikurniakan Allah dua permata hati. Alhamdulillah. Yang puteri usianya tiga tahun. Putera pula setahun setengah. Huh! Lasak dan aktif sangat. Melayan mereka setiap hari memang sangat meletihkan tetapi dalam masa yang sama sangat menyeronokkan. Kebahagian yang tidak terucap melihat mereka membesar dalam asuhan dan didikan sendiri.
Oklah. Cukuplah dulu sebagai pengenalan. Insya Allah nanti boleh cerita-cerita lagi. Kita kongsi pengalaman dan pengetahun. Sambil tu bolehlah mulakan bisnes. Harap akan mendapat kelapangan dan kekuatan untuk update blog ni setiap hari.
Oklah jom tengok apa nak jualhari ni.
syukran

sudi mengikuti Dunia TashQash. Terima kasih...

Aksi Kenangan

Renung-renungkan....

Tasya and Aqash bela hamster la pulak...