ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS

ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS
harga biasa RM171. Minggu ini hanya RM141. Untuk seorang pelanggan sahaja. Cepat!

Selling and Sharing. Sambil membeli-belah sambil kita bercerita, berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

Showing posts with label Tasya and Aqash. Show all posts
Showing posts with label Tasya and Aqash. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

TASYA AND CINDERELLA


Ragam Tasya yang macam2. Dulu suka tengok Upin Ipin. Lately suka sangat dengan Cinderella. Macam biasalah bila Tasya suka, mesti suruh ibu mesukkan kat Dunia TashQash.
Oklah my Cinderella. Untuk mu yang tersayang ibu tunaikan permintaan itu. Jom tengok sama-sama. Ibu pun penat sangat sehari dua ni dengan bisnes yang alhamdulillah semakin dapat sambutan.


Naeema Natasya Puteri bt Mohd Ghazali 
ibu loves you so much! Muahhhhhh!

Wednesday, October 27, 2010

DIARI SABTU- AHAD

Tiadalah serinya Dunia TashQash kalau tanpa Tasya dan Aqash. 
Hari ni nak upload Diari Sabtu-Ahad Natasya Puteri dan Aqasyah Putera untuk kenangan. Diari yang sibuk, memenatkan tapi at the same time sangat membahagiakan.

Mula dengan malam Sabtu, Abah sampai dari KL. Kami terus gi dinner. Memang lapar sangat. Saja tunggu Abah sampai baru nak makan. Lokasi dinner kami ialah di Restoran  Ikan Bakar kat Jalan Pengkalan Chepa. Ibu yang teringin sangat nak makan ikan bakar sebenarnya. Fuh! Memang sedap. Pilih jer ikan mana yang nak dan akan dibakar di situ. Tasya dan Aqash tak suka pun ikan bakar, tapi tetap berselera makan walau hanya berlaukkan kuah singgang dan keropok goreng.
pilih ikan segar untuk dibakar
jangan lupa ulam-ylaman
favourite Abah. Singgang
ikan dan siap bakar. Budu dan sambal pun ada
Aqash makan dengan penuh selera
Tasya leka perhatikan ikan sedang dibakar
. Habis cerita ikan bakar. Balik rumah dah dekat pukul 11 malam. Singgah beli nasi bungkus untuk Tok. Abah dan keletihan. Anak-anak biasalah kalau tak melepasi jam 12 malam jangan harap nak tidur.
Pagi Sabtu Abah ada kelas kat UMK dulu. Dah janji balik kelas ada program dengan anak-anak. So ibu pun terkejar-kejarlah siapkan apa yang aptut kat rumah sebab lepas ni nak keluar. Yang penting kena uruskan mama dulu. Pastiukan lunch untuk Tok dah sedia. Abah balik jer terus keluar.
Mula-mula gi stokis Elken. Ambil barang yang customer order.
tunggu ibu ambil barang
Abah sedang cuba produkn Elken Kington
Selesai di Elken terus gi beli lunch. Beli Nasi Kak Wok. Sedap! Kalau datang Kelantan mesti cuba ni. Lauknya cuma ayam goreng, tapi memanmg sedap. Tak hairan kalau ramai sangat orang kat Kedai Kak Wok.
inilah rupanya Nasi Kak Wok
Sari Kubang Krian terus ke Pulau Melaka. Abah nak ambil Abang Hakim dan Abang Jiji dari asrama. Inilah tempat Abang Hakim dan Abang Jiji belajar:
Mahad Darul Anuar

sementara tunggu abang datang, minum air dulu
Lunch time. Nasi Kak Wok dah beli, so seperti yang dirancang. kami ke Pantai Irama Bachok. Bahagianya anak-anak ibu. Tak nak makan. Kisah nak main jer!
Abang Hakim bukan main mesra lagi dengan tasya biarpun sesekali bertemu
kenang2an sama abang hakim dan abang jiji
Abang Hakim dapat tangkap anak ketam. First time Tasya and Aqash dapat tengok anak ketam
ibu belika ais krim untuk semua orang
Main layang-layang. Seromoknya tasya. Layang-layang terbang melayang....
Sementara orang lain sibuk main ombak, makan ais krim, masin layang-layang, Aqash sibuk dengan hal  dia

By the time nak tinggalkan pantai Irama, kamera ibu dah habis bateri. So.... no more  gambar. Kami ke Kampung Kuchelong. Jauh kampung tu kat daerah Bachok. Jenuh bertanya sana sini baru jumpa. Sayang ibu tak dapat snap gambar suasana kampung yang hijau dan segar.Selesai urusan kat kampung Kuchelong terus ke Mydin beli keperluan Abang Hakim dan Abang Jiji kat asrama. Lepas tu gi dinner dan hantar abang balik asrama. Fuh! sehari yang meletihkan. Balik rumah hampir jam 10. 
Pagi Ahad, Abah ada urusan lagi kat UMK. Macam biasa anak-anak tunggu Abah balik dengan tidak sabarnya. Balik dari UMK gi beli lunch. Yang ini pun ibu teringin nak makan. Ish! macam2lah pula ibu nak makan semenjak dua menjak ni.
roti tempayan dan kari kambing. Fuh! Memang sedap
  Siap beli terus ke Tesco. Shopping keperluan anak2. 
Tesco Kelantan ada tulisan jawi. hehe!
 Ibu singgah Pejabat pos dulu, pos barang-barang yang customer order. Pastu gi beli apa yang perlu.Inilah selalu gelagat tasya kalau kat Tesco, nak tolak troley sendiri. Orang lain jangan sentuh.... Tasya boleh buat


Pulang dah senja. Malamnya Abah dah kena fly ke KL semula. 
Bye! Abah. Nanti balik kita jalan-jalan lagi ya? 
ok lepas ni ibu kena back to work! Banyak stok yang baru sampai kena upload.

Wednesday, October 20, 2010

ADA BAKAT TAK?

Ini Naeema Natasya Puteri dalam aksinya yang tersendiri: 
masa ni Tasya baru bangun tidur. Baca paperlah kononnya tu. Fuh! Terror giler anak ibu baca paper walhal baru kenal ABC.
 cakap telefon dengan abahlah kononnya tu. Habis sampul pos ekspres ibu jadi pelakon tambahan. Hehehe!
Macam mana? Ada bakat tak Tasya berlakon?

Tuesday, October 19, 2010

BILA TASYA AMBIL GAMBAR

Umur baru 3 tahun setengah, tapi dah minat sangat dengan kamera. Bila dapat kamera kat dia, macam-macam gambar dia ambil. Hasilnya kira oklah untuk kerja seorang anak kecil. Entah kenapa Ibu sayang nak delete gambar-gambar yang tasya snap. Ibu upload jerlah untuk kenangan. Asyik upload bisnes jer, kadang boring juga. Layan keletah anak-anak hilang rasa stress.
Hehehe! Gambar Atok yang tertidur masa tengok tv.
gambar Abah tertidur kat sofa

gambar mainan yang berterabur. Sajalah nak bagi kerja kat ibu untuk kemas. Harapkan Tasya dan adik yang kemas.... tak tahulah bila.

ini doll kesayangan Tasya. Tasya kata Doll tu pakai baju Cinderella. Kalau tanya apa nama doll. Nanti Tasya jawab namanya Naima Doll. Apa2lah sayang oiii! Janji Tasya happy

ini satu lagi doll Tasya. tapi doll ni dah jadi arwah sebab kaki tangan kepala badan semua dah relai. 
Cukuplah tu. Nanti ibu upload lagi gambar yang tasya snap bila ada yang menarik. Gambar2 bi mungkin tak bermakna apa-apa kepada orang lain. Tapi sangat bermakna buat ibu. Nanti bila besar, tengoklah hasil gambar bila Tasya yang guna kamera ya. Sayangggggg Tasya!

Sunday, October 17, 2010

NASAKAN IBU

Suatu masa dulu aku pernah menulis puisi ini:

Masakan Ibu (1)

Seikat sayur kasih,
semangkuk santan cinta,
sesudu garam mesra,
seulas bawang harapan, 
semuanya bersatu dalam
belanga sayangnya.

Di meja,
aku menunggu
dengan pinggan rindu
penuh syahdu.


Sejak mama terlantar sakit, aku tak dapat lagi merasa masakannya. Sudah 17 tahun kini mama terlantar lumpuh. Jauh di dalam hati, aku teramat rindu untuk mengecap kembali air tangan mama. Namun apakan daya.....
Aku pula bukanlah a good cook. Memang tak pandai masak. Jarang-jarang memasak atas banyak faktor. Tapi sekarang semenjak anak-anak makin besar, tiba2 aku jadi suka sangat ke dapur. Tambah pula anak-anak sedang suka makan dan kurang minum susu. Kalau sebelum ni banyak makanan beli di luar saja, tapi sekarang rasa seronok masak untuk anak-anak. Lebih seronok bila anak2 jauh lebih berselera makan makanan yang kumasak daripada yang dibeli di luar. Inilah barangkali yang dikatakan air tangan ibu.
Kurakamkan sebahagian menu untuk anak2 sebagai kenangan (Anak2 tak makan green vege :( so setiap makanan tak adalah hijaunya):
Mihun Sup.
Tasya dan Aqash suka sanga2. Sampai licin mereka makan.
Ini satu lagi masakan kesukaan anak-anak :
Nakaroni goreng
Satu tengahari Tasya dan Aqash makan nasi sampai bertambah2. Jarang mereka makan nasi beretambah. Lauknya bukan apa, ibu sekadar masakkan telur masak kicao.
Tapi... ada juga yang anak2 tak nak mkan. Ibu masak nasi goreng campur ikan bilis. Anak2 tak suka ikan bilis. So ibulah yang kena habiskan untuk menambahkan berat badan yang memang semakin berat. Hehehe!
Begitulah, sekarang aku percaya pada ungkapan 'air tangan ibu'. Insya Allah lepas ni ibu akan cuba perbaiki skill memasak ibu. Demi anak2 yang ibu sayangi.
Last ada satu lagi puisi untuk sama-sama kita renung:


MASAKAN IBU (2)

Seorang teman
suatu hari membawa aku
untuk makan-makan
di sebuah restoran mewah

saat duduk
mengadap hidangan
dia mula memuji
keenakannya
dan dia jadi
tidak percaya bila
kukatakan padanya
bahawa di dunia ini
tidak ada yang lebih enak
dari menikmati
masakan ibu

sambil tersenyum
aku menjelaskan
pada masakan ibu
ada perencah istimewa
kasih + sayang
sedang di sini
perencahnya Cuma
untung + wang

Monday, October 11, 2010

KENANGAN@PENGALAMAN DI PANTAI


Ini catatan kenangan kami sekeluarga:

9 Oktober 2010
Kami sekeluarga bertolake Besut kerana esoknya ada majlis akad nikah Hayati. Nak bertolak pada hari majlis pun boleh, tapi saja abah tak nak rush sambil nak bawa anak-anak bercuti. Sampai di Besut sekitar jam 4 petang. Di sinilah tempat penginapan:
Ini kali ke dua menginap di sini. First dulu waktu Tashya umur  2 tahun semasa abah ada urusan kerja di Besut. Suka menginap kat sini sebab dekat dengan pantai.
Petangnya lepas solat Asar terus ke pantai. Memang cantik. Udara pun segar. Pengalaman pertama untuk Tasya dan Aqash bermain pasir di pantai. Ibu sebenarnya sangat berhati-hati melepaskan Tasya dan Aqash bermain. Bimbang dibawa ombak. Walaupun seronok melihat pemandangan indah, tapi sentiasa waspada memerhatikan anak-anak bermain. Mereka memang enjoy! Seronok sungguh main pasir. Nasib baik sempat beli toys untuk main pasir sebelum datang, itu pun kebetulan jumpa. Sebahagian gambar yang sempat ibu rakam:


Gelagat tasya dan Aqash bina istana pasir sama abah. tapi istananya tak siap-siap sampai kami tinggalkan pantai. Ha! Ha! Ha!

Bahagianya Tasya dan Aqash melalui pengalaman pertama mereka bermain pasir dan ombak. Tapi ombak memang boleh menjadi ganas. Dalam ibu beringat-ingat pun Aqasyah hampir dihanyutkan ombak. Nasib baik sempat kami sambar. Sebab nak selamatkan Aqash, kamera ibu dah terendam air. Aduh! Tak dapat ambil gambar lagi lepas tu. Rasa ralat, tapi syukur sangat-sangat sebab Aqasyah tak apa-apa.
Esoknya 10.10.10, majlis akad nikah Hayati. Majlisnya jam 2, jadi sempat jalan-jalan lagi. Abah bawa kami ke Pantai Bukit Keluang. Memang cantik. Sayang ibu dah tak dapat ambil gambar. Tapi untuk kenangan anak-anak ibu carilah apa-apa gambar yang sesuai dari internet and paste kat sini.
Lepas Zuhur kami bertolak ke masjid Hadhari Jerteh tempat majlis akad nikah berlangsung. Lagi sekali, sayangnya tak boleh ambil gambar! Harap-harap lepas ni Hayati boleh hantar gambar yang dia ambil untuk diupload. Cantik sangat masjid tu. Rasa bertuah dan gembira ibu dapat solat di situ.  Ini ibu ambil gambar dari internet sebagai kenangan untuk anak-anak ibu tersayang.


Lepas majlis akad nikah terus bertolak pulang ke KB. Agak rushing kerana malamnya abah akan menaiki kapal terbang ke KL. Apa pun, pengalaman dan kenangan di Besut adalah antara yang terindah untuk anak-anak. Mereka enjoy. Semoga Allah masih memberi ruang untuk kami sekeluarga melalui saat-saat bahagia bersama begini lagi.
Catatan ini ibu tulis untuk kenangan anak-anak. Nanti bila dah besar dan pandai membaca, baca ya sayang! Love all of you so much!

Wednesday, September 29, 2010

Bila Abah Cuti

Lama tak tulis pasal Tasya dan AQash. Al maklum ibu sibuk memanjang. Nak update blog pun kadang tak sempat. Anyway, puteri dan putera ibu dah makin besar. Aqash baru sambut ulang tahun ke 2 17 september lepas. Majlis kecil-kecilan. Nak upload foto sampai hari ni tak buat. hehehe! Tasya pun dah makin petah. Nakalnay dah kurang sikit (sikit jer). Yang pasti dua-dua masih cinta hati ibu dan selamanya akan jadi cinta hati ibu.

Hari ni nak upload gambar-gambar kenangan Tasya dan Aqash. Waktu Abah cuti memang selalu ditunggu oleh Tasya dan Aqash. Inilah masa mereka keluar rumah, lihat dunia luar. Ibu rakamkan semuanya sebagai kenangan. Kenangan kasih sayang ibu dan abah untuk anak-anak.

Agenda penting masa Abah cuti ialah pergi shopping. Bukan beli apa pun, beli diapers dan susu anak-anak jer. Tapi Tasya dan Aqash, kalau gi shopping inilah yang paling mereka suka. :


Ini pun satu lagi aktiviti kesukaan Tasya dan Aqash. Bagi makan rusa dan tengok burung merak kat Taman.


Main Playground. Aduh! Bahagianya jadi anak2. Main jer kerja mereka




kALAU MASA MAKAN PUN, KENA CARI KEDAI MAKAN YANG ADA TEMPAT MAIN. bARU AMAN SIKIT IBU DAN ABAH NAK MAKAN.





Paling seronok bila dapat mandi swiming pool. First time mandi swiming pool ni. Baju mandi pun ibu tak sempat nak beli. Tapi memang Tasya dan Aqash suka giler! Mula-mula takut2 lepas sepuluh minit memang seronok. Aqash sejuk menggiggil pun tak nak keluar kolam.



Pendek cerita. Kalau 4 hari abah cuti, empat harilah penuh aktiviti. Penat dan letih ibu tolak tepi, janji anak-anak gembira. Sebenarnya bila Tasya dan Aqash makin besar, ibu mula rindu pada waktu kalian kecil. Penuh keletah. Setiap detik dan waktu bersama kalian adalah kebahagian ibu. Ingatlah selalu sayang, kelak bila dewasa jadilah seperti pohon, subur memberi untung, rendang memberi bayang. Doa serta kasih ibu serta abah tak akan berakhir.
syukran

sudi mengikuti Dunia TashQash. Terima kasih...

Aksi Kenangan

Renung-renungkan....

Tasya and Aqash bela hamster la pulak...