ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS

ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS
harga biasa RM171. Minggu ini hanya RM141. Untuk seorang pelanggan sahaja. Cepat!

Selling and Sharing. Sambil membeli-belah sambil kita bercerita, berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

Wednesday, October 27, 2010

DIARI SABTU- AHAD

Tiadalah serinya Dunia TashQash kalau tanpa Tasya dan Aqash. 
Hari ni nak upload Diari Sabtu-Ahad Natasya Puteri dan Aqasyah Putera untuk kenangan. Diari yang sibuk, memenatkan tapi at the same time sangat membahagiakan.

Mula dengan malam Sabtu, Abah sampai dari KL. Kami terus gi dinner. Memang lapar sangat. Saja tunggu Abah sampai baru nak makan. Lokasi dinner kami ialah di Restoran  Ikan Bakar kat Jalan Pengkalan Chepa. Ibu yang teringin sangat nak makan ikan bakar sebenarnya. Fuh! Memang sedap. Pilih jer ikan mana yang nak dan akan dibakar di situ. Tasya dan Aqash tak suka pun ikan bakar, tapi tetap berselera makan walau hanya berlaukkan kuah singgang dan keropok goreng.
pilih ikan segar untuk dibakar
jangan lupa ulam-ylaman
favourite Abah. Singgang
ikan dan siap bakar. Budu dan sambal pun ada
Aqash makan dengan penuh selera
Tasya leka perhatikan ikan sedang dibakar
. Habis cerita ikan bakar. Balik rumah dah dekat pukul 11 malam. Singgah beli nasi bungkus untuk Tok. Abah dan keletihan. Anak-anak biasalah kalau tak melepasi jam 12 malam jangan harap nak tidur.
Pagi Sabtu Abah ada kelas kat UMK dulu. Dah janji balik kelas ada program dengan anak-anak. So ibu pun terkejar-kejarlah siapkan apa yang aptut kat rumah sebab lepas ni nak keluar. Yang penting kena uruskan mama dulu. Pastiukan lunch untuk Tok dah sedia. Abah balik jer terus keluar.
Mula-mula gi stokis Elken. Ambil barang yang customer order.
tunggu ibu ambil barang
Abah sedang cuba produkn Elken Kington
Selesai di Elken terus gi beli lunch. Beli Nasi Kak Wok. Sedap! Kalau datang Kelantan mesti cuba ni. Lauknya cuma ayam goreng, tapi memanmg sedap. Tak hairan kalau ramai sangat orang kat Kedai Kak Wok.
inilah rupanya Nasi Kak Wok
Sari Kubang Krian terus ke Pulau Melaka. Abah nak ambil Abang Hakim dan Abang Jiji dari asrama. Inilah tempat Abang Hakim dan Abang Jiji belajar:
Mahad Darul Anuar

sementara tunggu abang datang, minum air dulu
Lunch time. Nasi Kak Wok dah beli, so seperti yang dirancang. kami ke Pantai Irama Bachok. Bahagianya anak-anak ibu. Tak nak makan. Kisah nak main jer!
Abang Hakim bukan main mesra lagi dengan tasya biarpun sesekali bertemu
kenang2an sama abang hakim dan abang jiji
Abang Hakim dapat tangkap anak ketam. First time Tasya and Aqash dapat tengok anak ketam
ibu belika ais krim untuk semua orang
Main layang-layang. Seromoknya tasya. Layang-layang terbang melayang....
Sementara orang lain sibuk main ombak, makan ais krim, masin layang-layang, Aqash sibuk dengan hal  dia

By the time nak tinggalkan pantai Irama, kamera ibu dah habis bateri. So.... no more  gambar. Kami ke Kampung Kuchelong. Jauh kampung tu kat daerah Bachok. Jenuh bertanya sana sini baru jumpa. Sayang ibu tak dapat snap gambar suasana kampung yang hijau dan segar.Selesai urusan kat kampung Kuchelong terus ke Mydin beli keperluan Abang Hakim dan Abang Jiji kat asrama. Lepas tu gi dinner dan hantar abang balik asrama. Fuh! sehari yang meletihkan. Balik rumah hampir jam 10. 
Pagi Ahad, Abah ada urusan lagi kat UMK. Macam biasa anak-anak tunggu Abah balik dengan tidak sabarnya. Balik dari UMK gi beli lunch. Yang ini pun ibu teringin nak makan. Ish! macam2lah pula ibu nak makan semenjak dua menjak ni.
roti tempayan dan kari kambing. Fuh! Memang sedap
  Siap beli terus ke Tesco. Shopping keperluan anak2. 
Tesco Kelantan ada tulisan jawi. hehe!
 Ibu singgah Pejabat pos dulu, pos barang-barang yang customer order. Pastu gi beli apa yang perlu.Inilah selalu gelagat tasya kalau kat Tesco, nak tolak troley sendiri. Orang lain jangan sentuh.... Tasya boleh buat


Pulang dah senja. Malamnya Abah dah kena fly ke KL semula. 
Bye! Abah. Nanti balik kita jalan-jalan lagi ya? 
ok lepas ni ibu kena back to work! Banyak stok yang baru sampai kena upload.

No comments:

Post a Comment

syukran

sudi mengikuti Dunia TashQash. Terima kasih...

Aksi Kenangan

Renung-renungkan....

Tasya and Aqash bela hamster la pulak...