Buku ini sangat istimewa. Ia memuatkan kisah pahit manis kehidupan yang dilalui oleh 24 orang OKU cacat penglihatan. Nereka ini telah mencapai kejayaan yang membanggakan dalam pelbagai bidang. Antara OKU yang diketengahkan dalam buku ini termasuklah allahyarham Prof Ismail Salleh dan S Jibeng.
Diterbitkan oleh Majlis Kebangsaan Orang-rang Buta Malaysia. Tebal buku ini 216 muka surat. Saya sendiri merupakan salah seorang penulis buku ini. Sesungguhnya pengalaman menulis buku ini terlalu istimewa dan akan abadi dalam ingatan.
Harga RM15 termasuk pos.
No comments:
Post a Comment