ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS

ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS
harga biasa RM171. Minggu ini hanya RM141. Untuk seorang pelanggan sahaja. Cepat!

Selling and Sharing. Sambil membeli-belah sambil kita bercerita, berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

Wednesday, July 28, 2010

YE! YE! BASIKAL BARU

Hari ini hari yang sangat gembira untuk Tasya dan Aqash. Abah cuti. So Abah bawa Tasya dan Aqash pergi shopping. Tengok apa yang Abaah belikan utnuk anak-anak Abah:


Basikal baru! Ye! Seronoknya. Kakak dapat basikal pink. Aqash dapat basikal blue. Dah ada dua basikal so tak payah berebut-rebut lagi.

Tak sabar-sabar nak main basikal baru Masa makan kat food court, terus Tasya dan Aqash try basikal baru mereka.



Lepas makan, Abah bawa gi playground. Apa lagi, beraya anak-anak ibu main basikal kat sana.



Gembiranya anak-anak ibu. Kegembiraan Tasya dan Aqashlah yang buat ibu rasa bahagia. Ingat selalu anak-anakku, ibu dan Abah love both of you so much!

Selamat bergembira dengan basikal baru. Tak tahulah berapa lama basikal ni boleh bertahan. Atok kata untuk Tasya dan Aqash kena beli kereta kebal jer baru boleh tahan lama. Ha! Ha Ha!

TQ2022 FANTASIA SHOWER SCRUB

Fantasia Shower Scrub adalah ekstrak semulajadi(buah terpilih) bersama manik-manik halus menganggalkan sel-sel kulit mati bagi menyerlahkan kulit agar kelihatan bersih, cerah, halus serta membantu memecahkan lemak.

WM: RM25.00 EM: RM27.0

TQ2021 OXY PI D TONIK


DRINKING WATER Air OXY~PI d'Ionik adalah "air Ionik, bersifat "air hidup", bersifat alkali yang kaya dengan oksigen amat berkesan membantu proses penyingkiran asid urik, fostat dan keracunan makanan. Bahkan OXY~PI d'Ionik juga membantu proses metabolisma dan sekaligus menstabilkan sistem badan.

KEISTIMEWAAN:

  • Melimpah dengan tenaga dan menjana oksigen.

  • PH tinggi- menyahtoksik (acidosis)

  • Ion Hydroxyl - antioksidan dan meneutral radikal bebas.

  • Molekul air terkecil dan susunan dalam bentuk heksogen (diamond) dan galian dalam bentuk ion menjadikan kuasa penyerapan tertinggi.

  • Cekap mengimbang paras pH dalam tubuh.

Air adalah keperluan mustahak untuk kehidupan kita. Tetapi segolongan besar masih tidak menyedari tugas utama air untuk setiap organ dan fungsi seluruh metabolisme badan. Ia memperbaiki tahap kesihatan kita.
OXY - bermakna air yang dihasilkan melalui proses ini mempunyai kandungan oksigen yang tinggi disebabkan kehadiran ion Hidroksil/ [OH ] yang tinggi. Kehadiran Ion Hidroksil/ [OH ] yang tinggi ini memberikan faedah yang luar biasa kepada air ini dalam meneutralkan radikal bebas yang mengganas di dalam tubuh yang boleh menyebabkan barah.
PI- Positif Ion membawa makna air yang dihasilkan oleh sistem peraawatan ini mempunyai tinggi galian mineral positif seperti ion Ca, penting untuk keutuhan tulang seterusnya mencegah osteoporosis.
IONIK- membawa makna air ini melalui proses pengionan, di mana melalui proses ini menjadikan permukaannya kendur dan mudah diser
ap oleh sel tubuh.
Ketidakseimbangan pH badan ke arah keasidan dalam jangka panjang akan mengakibatkan seseorang mengalami penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, kanser, gout, sakit buah pinggang dan lain-lain. Oleh itu keadaan yang berlawanan perlu dilakukan untuk mengimbangi tahap keasidan. OXY-PI D'Ionik mampu menjalankan tugas tersebut kerana ia terdiri daripada kelompok molekul air kecil dan bersifat alkali, berupaya menguraikan sisa-sisa asid yang terkumpul dan memudahkan proses pembuangan melalui sistem pencernaan, perpeluhan dan pernafasan.

Selain dari itu, manfaat dan kebaikan yang diperolehi daripada amalan meminum OXY-PI D'Ionik adalah ia dapat membantu dalam meningkatkan imunisasi badan dan melenyapkan radikal bebas melalui sifat anti-oksidan yang dimiliki, serta mamp
u meningkatkan keperluan kalsium dalam badan kita.


Sifat & Kelebihan OXY-PI D'Ionik

  1. Bersih dari pencemaranElemen penting dalam proses penyingkiran toksik secara maksimum.
  2. Melimpah dengan tenaga dan menjana OksigenMemberi tenaga segera yang diperlukan oleh sel tubuh dalam masa singkat.
  3. Mengandungi galian dalam bentuk Ionik* Mudah diserap oleh badan.* Membantu merendahkan risiko Osteoporosis.
  4. Anti-Oksidan* Membantu menghapuskan radikal bebas yang mengganas yang boleh menyebabkan barah.* Membantu meningkatkan sistem antibodi dan daya penyembuhan semulajadi.* Membantu mencegah proses penuaan sel-sel badan.
  5. Imbangan pH bersesuaian dengan bendalir badan(pH alkali)* Membantu mengekalkan keasidan perut pada tahap yang sesuai.* Membantu menguatkan jantung.* Membantu mengawal kolesterol berlebihan.* Membantu menguatkan fungsi organ hati.* Membantu meneutralkan asid urik dalam menyembuhkan radang sendi seperti gout dan artritis.* Membantu menurunkan berat badan.
  6. Stuktur molekul air dalam kelompok kecil yang berbentuk heksagon* Membantu tahap gula dalam darah seterusnya mengawal gejala kencing manis.* Membantu memecahkan dan menyingkirkan lemak yang berlebihan.* Membantu melancarkan pembuangan air kecil.
WM: RM7.90, EM: RM9.20

TQ2020 D BLESS


D – Bless adalah makanan berfungsi berasaskan perubatan homeopathy untuk membina dan merawat kesihatan secara menyeluruh. Ia mengandungi ekstrak daripada tumbuhan semulajadi dan bahan makanan mewah serta garam-garam tisu berasaskan bio-teknologi yang telah teruji lebih 300 tahun yang dipelopori oleh Prof. Dr. Samuel Hahnemann (pengasas bio-teknologi – Homeopathy dari German – 1810) dan diakui di seluruh dunia amat berkesan dalam proses pembongkaran penyakit.

Ia mampu mempercepatkan proses penyembuhan secara semulajadi. Juga berfungsi sebagai agen penahan sakit (pain killer) secara semulajadi tanpa kesan sampingan. Terbukti berkesan membantu masalah athma, migraine, batu karang, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan strok

Cara pengambilan :

Dewasa

1. 2 biji - dihisap/dikunyah 2 kali sehari bagi tujuan pembinaan kesihatan dan penyakit-penyakit bukan serius

2. 2 biji - dihisap/dikunyah 3 kali sehari bagi pesakit serius/kronik.

WM: RM76.00 / EM: RM83.00

Sunday, July 25, 2010

Jangan Bersedih


Salah sebuah buku yang paling suka aku baca. Petikan ini adalah untuk renungan diri sendiri dan dikongsi bersama yang lain:
Dipetik dari buku La Tahzan by Dr Aidh al Qarni



Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.

Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.

Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda, sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan pelbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan seringkali menakutkan.


" Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur. (Al-'Araf : 144) "


Hidup anda pada hari ini juga tanpa kesedihan, gangguan, kemarahan, kedengkian, pengkhianatan, kebencian atau sakit hati. Jangan lupa hendaklah anda mengukir sebuah tulisan dalam hati anda atau di meja tempat anda bekerja atau belajar. 'Hari ini adalah milikmu'. Yakni, apabila hari ini anda dapat memakan nasi yang harum baunya, maka apakah anda masih terfikir tentang nasi basi yang telah anda makan kelmarin yang akan membahayakan kesihatan anda? Mungkin anda masih berfikir tentang nasi tersebut dan masih ada dalam angan-angan.

anda berkata dalam hati:

" Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik sahaja; tidak bercakap kotor, tidak pernah mencela, mengherdik, mengejek, menyindir dan juga membicarakan keburukan orang lain. Hanya hari ini aku berkesempatan mengemas rumah dan pejabat agar tidak berserabut. Dan kerana hanya hari ini saja aku akan hidup, maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku, kesucian jiwaku, kerapian penampilanku, kebaikan tutur kata dan tindak-tandukku "

Kerana aku hanya akan hidup hari ini maka aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Tuhanku, mengerjakan solat sesempurna mungkin dengan penuh tumpuan, membekali diri dengan solat-solat sunat, berpegang teguh pada Al-Quran, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat yang ada di dalamnya.

Aku hanya akan hidup hari ini!
Oleh sebab itu, aku perlu menanam dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan yang kutanam sampai ke akar-akarnya dan mematahkan ranting-rantingnya yang berduri; seperti sifat tamak, hasad, riya', sombong, bakhil dan buruk sangka.


aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan :

" Wahai masa lalu, yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tidak akan pernah menangisi pemergianmu, dan kamu tidak akann pernah melihatku termenung sedetik pun mengingatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua pergi dan tidak akan kembali lagi "

" Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku tidak akan memburu sesuatu yang belum pasti kerana esok hari mungkin tiada sesuatul esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tiada suatu pun darinya yan dapat disebutkan "


" Hari ini milik anda", adalah ungkapan yang paling indah dalam "kamus kebahagiaan" kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah menyenangkan.



Thursday, July 22, 2010

UNTUK MAMA


Rabu lepas aku ke Hospital Pakar Perdana, mengambil ubat untuk Mama bagi tempoh sebulan. Rutin bulanan sebenarnya. Kalau mama tak ada sebarang komplikasi memang ubat-ubat yang biasa diambilnyaboleh diteruskan. Tapi kalau Mama ada masalah, terpaksalah bersusah sikit bawa Mama jumpa doktor.

Dah hampir sebulan mama dibenarkan pulang selepas hampir tiga minggu di rawat di hospital. Alhamdulillah, kali ini pun Mama melepasi saat-saat kritikalnya. Masa nak balik dulu doktor menjangkakan mama perlu dibawa balik bersama rice tube. Tak boleh makan macam biasa bila Mama disahkan diserang mild stroke sekali lagi dan menghadapi masalah untuk menelan makanan. Inilah keadaan mama masa di hospital. Sayu hati tengok mama dengan rice tube, oksigen. Luluh jiwa lihat penderitaan Mama.


Tapi ternyata Allah makbulkan doa kami. Di luar jangkaan doktor Rice Tube pada Mama boleh ditanggalkan dan Mama boleh makan seperti biasa. Cuma kena pastikan makanan untuk mama adalah lembut dan senang dihadam. Mungkin juga berkat ikhtiar kami mencuba pelbagai penawar lain untuk Mama selain ubat-ubatan hospital. Apa pun sekalung budi dan terima kasih tak terhingga buat Doktor Munawir yang sejak sekian lama merawat Mama. Dia memang seorang doktor yang sangtat prihatin.

Sekarang Mama di rumah. Keadaannya stabil. Tapi Mama perlukan perhatian rapi. Perlukan sokongan dan sentiasa ditunjukkan kasih sayang. Aku redha menjaga Mama. Tidak sedikit pun aku rasa terbeban untuk menguruskan Mama. Alhamdulillah anak-anakku yang masih kecil itu juga sangat prihatin pada Mama.

Setiap saat aku berdoa semoga Allah sentiasa memberikan aku kekuatan dan ketabahan untuk menjaga Mama. Untuk menjaga Papa juga yang kebelakangan ini semakin uzur. Moga Allah sentiasa melapangkan pintu reezekiku untuk dapat kuberikan yang etrbaik buat Mama dan Papa. Terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan aku peluang untuk terus berbaktik kepada Mama dan Papa.



Catatan: Aku bukan peminat Dikir Barat, tapi wording Dikir Barat ni cukup menusuk.

TQ7010 SKIN RENEW


Skin Renew HR

HR Skin Renew (10ml)

Cecair pengelupasan kombinasi AHA (Alpha Hidroksi Asid ) dari susu kambing dan gula tebu, selamat untuk pengelupasan

yang lembut dan berkesan pada kulit.

Combination of AHA (Alpha Hydroxz Acid ) from goat's milk ( Lact'c Acid ) and sugar cane ( Glycolic Acid ) are save

and mild on skin.

WM : RM35.50 EM : RM37.50

TQ7009 PIMPLE SERUM


Serum Kawalan Jerawat Susu Kambing HR

HR Goat's Milk Pimple Serum (10ml)

Serum ini bertindak sebagai antiseptik untuk mengeringkan jerawat dan mematikan bakteria yang menyebabkan jerawat.

This antiseptic agent serum dried up pimples and kill bacteria that cause it

WM : RM35.50 EM : RM37.50

Tuesday, July 20, 2010

IBU DAN FACEBOOK

Puisi wajib tonton untuk ibu-ibu yang gemar berface Book :)



TQ2019 SERBUK PENCUCI SA-9


FORMULASI:
Berkesan untuk menanggalkan berbagai kotoran degil secara lembut tapi berkesan dan jadikan pakaian anda harum dan segar.

Cucian mesin:
1 skop - 5 kg cucian mesin.

1. Muatan kecil - 1/4 skop
2. Muatan sederhana - 1 skop
3. Muatan besar - 11/4 skop

Cucian tangan:
Sila guna sukatan yang lebih untuk cucian yang kotor atau dengan air liat.
1 skop sama dengan 22 gram.
Bagi cucian tangan 1 skop > 6-7 kg pakaian kering.
1. Tri-bio Enzim 3 tindakan hebat - untuk menyingkirkan lumuran protein dan darah.
2. Oxygen aktif dan agen bio-aktif Meningkatkan kuasa pencucian dan menolong menyingkirkan kotoran degil.
3. Sodium Tri-poliposfat Bahan pembina yang menolong melunturkan kototran dan memperbaiki stuktur fabrik air.
4. Penyeri Optik Menyerikan warna agar warna putih lebih putih dan warna lain lebih berseri.
5. Anti karat Melindungi dan mencegah besi dari berkarat.
6. Wangian Floral Segar Menyerlahkan keharuman segar selepas pencucian.
7. Anti Endapan Semula Kuasa hebat untuk mencegah pemendapan tanah tanih ke atas fabrik.
8. Pekatan Pekatan yang menjimatkan.
9. Anti-Bakteria Menghalang tindakan bakteria membuatkan rendaman tidak berbau.
Nota :Serbuk pencuci SA 9 diformulasi tanpa buih (sedikit sahaja) bagi tujuan memudahkan proses bilasan dan menjimatkan air.

WM: 17.80 EM: RM19.50

Friday, July 16, 2010

Menggubah Sepi

MENGGUBAH SEPI


i

Sepi menghantar asing

ke daeah diri….

kukutip serpihan sepi

lalu kucantum

membentuk sekotak tabah

berbalut pasrah

berenda taqwa

di dalamnya termuat sarat

derita perjuangan bermusim.


ii.

Malam melamar sunyi

ke laman peribadi…

kususun kepingan sepi

lalu kubina

membentuk istana tabah

berdinding iman

berlantai pedoman

di atasnya terentang atap pengalaman

pelindung hujan dan panas dugaan.



iii.

Subuh menmgirim bening

ke taman hati…

kurangkai butiran sepi

lalu kujalin

membentuk seutas tasbih

bertali insaf

bertatah zikir

di hujungnya tersimpul setulus doa

penyuluh gelita laluan,


Ini kugubah sepi

bagai hantaran persandingan

untuk keras kehidupan

yang sejak sekian musim

telah kukahwini

atas takdir Ilahi.




Catatan: Puisi ini pernah tersiar di Dewan sastera bertahun-tahun yang lalu. Aku makin merindui dunia puisiku.


Thursday, July 15, 2010

Tasya sedih??????

Ini antara video yang tasya suka tengok tak jemu jemu:



.... dan inilah versi lagu Aku Sedih nyanyian Natasya Puteri yang berusia 3 tahun 4 bulan. Video ini dirakam larut malam tadi sebagai aktiviti mengisi waktu Tasya dan ibu sebelum tidur,..





Macam-macam keletah puteri ibu yang seorang ini. Melayan keletah Tasya dan Aqash memang akan selalu buat ibu tersenyum. Ibu bahagia yang amat membesarkan kalian. Tasya dan Aqash penawar dan kekuatan ibu. Love You both.





Monday, July 12, 2010

TQ1007 PASPORT KEKASIH ALLAH


Adakah anda mengenali Rasulullah. Siapakah ister-isteri
Rasulullah, berapa orangkah Putera dan Puteri Rasulullah s.a.w. Berapa ramaikah
cucunda Baginda s.a.w. Bagaimana rekabentuk kediaman Baginda dan berapakah
keluasan asal terbina dari pembinaan itu dan berbagai lagi persoalan untuk anda
ketahui.

Dapatkan segera ‘Pasport Rasulullah’

Buku ini menjawab segala persoalan anda berhubung keluarga dan salsilah
Junjungan Besar Muhammad.

Melalui buku ini setebal 44 muka surat berwarna penuh yang dilengkapi dengan
keterangan ringkas dan padat, anda amat memerlukannya.

Sesuai untuk anak-anak anda dan pelajar sekolah. Bertepatan jika anda hadiahkan
kepada saudara mara serta kepada isteri/suami anda.




SEBUAH PASPORT YANG MESTI ANDA MILIKI. DAPATKAN SEGERA BUKU YANG PENUH FAKTA INI. KOS POS PERCUMA.

KALAULAH MIMPI ITU

KALAULAH MIMPI ITU BISA HADIR DI LUAR TIDURKU



Mimpi i
Seekor kucing dan anjing
bersanding di pelamin kasih
lalu datang sang tikus menepung tawar
sedang di depannya
harimau dan rusa
sama tertawa.
Mimpi ii
pohon bergoyang
ketika angin tak berhembus
tempua penuh ikhlas
merendahkan sarangnya
sedang pipt dan enggang
terbang bergandingan
mengikat mesra persahabatan


mimpi iii
ayam menukar resminya
tidak lagi berbangga
sekalipun menelurkan
emas berharga
anjing telah kenal
bayang dan gunung
tidak lagi merebut tulang
atau menyalak tanpa untung
sedang daun keladi
lebih tahu mengenang budi
air dicurah
kini dihargai


kalaulau semua mimpi itu
bisa hafdir di luar tidurku
barangkali
dunia akan lebih bahagia
umat manusia
akan lebih sentosa






Catatan : Puisi ini pernah menang hadiah Sastera Utusan bertahun-tahun yang lalu. Aduh! Rindunya untuk kembali berkarya.



Sunday, July 11, 2010

TQ10003 ALPHA LIPID CAPSULE


Khusus untuk mereka yang tidak gemar minum susu. Cara mengambil susu yang ringkas dan mudah. Alpha Lipid Life Line Capsule.
PRICE:
120 capsules (WM-RM220/EM-RM 225)
60 capsules (WM-RM120/EM-RM125)

TQ10002 ALPHA LIPID LIFE LINE 14 SACHETS



PRICE:RM110(WM)/RM120(EM)
Berat Bersih:100g
Hidangan:14 kali (14 sachets)
Penggunaan: 1 sachets di dalam 150 ml air



Friday, July 9, 2010

TQ10001 ALPHA LIPID LIFE LINE

APA ITU KOLOSTRUM?

KOLOSTRUM ADALAH SUSU AWAL MAMALIA YANG DIHASILKAN PADA PERINGKAT AWAL IBU-IBU YANG MELAHIRKAN ANAK (HAIWAN ATAU MANUSIA). IA KAYA DENGAN ANTIBODI SEMULAJADI
KENAPA PERLU PILIH SUSU KOLOSTRUM ALPHA LIPID™ LIFELINE™ ?

SUSU ALPHA LIPID ™ LIFELINE ™ ADALAH KOLOSTRUM KUALITI TINGGI (GRADE 10) DENGAN FORMULA UNIK LEBIH MUDAH DISERAP CEPAT DAN BERKESAN 100% KE DALAM SISTEM PENGHADAMAN BERBANDING KOLOSTRUM JENAMA LAIN.

ANDA MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN?

CUBALAH ALPHA LIPID™ LIFELINE™ HARI INI DAN RASAILAH PERBEZAANYA! “MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI”

ALPHA LIPID ™ LIFELINE ™ DIIMPOT TERUS DARI SYARIKAT NEW IMAGE INTERNATIONAL, NEW ZEALAND, PENGELUAR KOLOSTRUM TERBESAR DI DUNIA DAN PEMENANG ANUGERAH EKSPOT NEW ZEALAND 3 TAHUN BERTURUT-TURUT. DIJAMIN HALAL

YANG PASTI APABILA ANDA PILIH ALPHA LIPID(TM) LIFELINE ANDA AKAN DAPAT MERASAI KEBERKESANANNYA. IANYA SELAMAT UTK SEMUA PERINGKAT UMUR SEBAB IA ADALAH MAKANAN PALING AWAL MANUSIA MULA-MULA AMBIL

IA AMAT SESUAI UNTUK MEMBANTU MENSTABILKAN PELBAGAI PENYAKIT ( IA BUKAN UBAT YANG BOLEH MENYEMBUHKAN)

KELEBIHAN KOLOSTRUM ALPHA LIPID LIFELINE™


• Mengandungi antibodi (Immunoglobulin) utk melawan pelbagai jenis jangkitan bakteria, virus dan pathogen
• Meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit
• Formula Alpha Lipid ™ 100% berkesan dan diserap cepat
• Mengandungi Vitamin dan Zat Galian (Kalsium dll) semulajadi cukup utk keperluan harian
• Mengandungi bacteria semulajadi (Lactobasilus Acidophilus dan Bifidobacterium) bagus utk fungsi normal usus
• Mengandungi Faktor Pertumbuhan (Growth factor) yg penting utk proses pemulihan sel dan anti penuaan (anti-aging)
• Sangat sesuai utk ibu mengandung dan menyusu
• Membantu mengurangkan berat badan, mengawal kandungan gula dlm darah.

HARGA ALPHA LIPID

SEMENANJUNG – RM180 / TIN

SABAH & SARAWAK – RM192 / TIN

Thursday, July 8, 2010

SESEKALI KITA PERLU BERTERIMA KASIH


SESEKALI KITA PERLU BERTERIMA KASIH



Sesekali berterimakasihlah

pada payah pengalaman

kerana ia adalah kuliah kehidupan

dari kampus alam

yang memberikan ijazah berani

bagi mendewasakan diri


Sesekali berterimakasihlah

pada luka kekecewaan

kerana parut hitamnya

telah mengenalkan erti kesakitan

untul lalu membuat diri

jadi waspada

di perjalanan


Sesekali dalam hidup

kita perlu merenung

dan berterima kasih

pada sekian banyak perkara

yang menemukan kita

pada hakikat

tak semua harapan itu

akan menjadi nyata

seperti juga

tak semua yang nyata itu

adalah harapan kita.



syukran

sudi mengikuti Dunia TashQash. Terima kasih...

Aksi Kenangan

Renung-renungkan....

Tasya and Aqash bela hamster la pulak...