ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS

ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS
harga biasa RM171. Minggu ini hanya RM141. Untuk seorang pelanggan sahaja. Cepat!

Selling and Sharing. Sambil membeli-belah sambil kita bercerita, berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

Monday, July 12, 2010

KALAULAH MIMPI ITU

KALAULAH MIMPI ITU BISA HADIR DI LUAR TIDURKU



Mimpi i
Seekor kucing dan anjing
bersanding di pelamin kasih
lalu datang sang tikus menepung tawar
sedang di depannya
harimau dan rusa
sama tertawa.
Mimpi ii
pohon bergoyang
ketika angin tak berhembus
tempua penuh ikhlas
merendahkan sarangnya
sedang pipt dan enggang
terbang bergandingan
mengikat mesra persahabatan


mimpi iii
ayam menukar resminya
tidak lagi berbangga
sekalipun menelurkan
emas berharga
anjing telah kenal
bayang dan gunung
tidak lagi merebut tulang
atau menyalak tanpa untung
sedang daun keladi
lebih tahu mengenang budi
air dicurah
kini dihargai


kalaulau semua mimpi itu
bisa hafdir di luar tidurku
barangkali
dunia akan lebih bahagia
umat manusia
akan lebih sentosa






Catatan : Puisi ini pernah menang hadiah Sastera Utusan bertahun-tahun yang lalu. Aduh! Rindunya untuk kembali berkarya.



3 comments:

  1. bermakna sekali puisi diatas...menarik..
    video tu chomela..huhu
    fatinmmj

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..,

    Makcik sy pernah brtahu dlm sekitar tahun 1970-an atau awal 80-an (sy x ingat), kucing di rumah kampung di Melaka bila tiba waktu makan,dia panggil ayam untuk ajak makan sama2, siap kucing tu dtg menjemput ayam di depan pintu.

    Bahasa lain2 tapi kucing dan ayam tu faham pulak... Punyalah baik kedua dua ekor binatang tu berkawan, sampai satu masa, bila arwah nenek sembelih ayam tu untuk kenduri, kucing tu sedih dan terus menghilangkan diri...

    Kisah sy pula, di rumah yg sama, sy pernah bela kucing jantan yg pandai dan cekap menangkap cicak. Kucing tu boleh tahu apa yg saya nak buat bila saya ambil penyapu sawang tu... terus dia follow sy utk gi tangkap cicak.

    Bila cicak yg dilibas dgn penyapu sawang tu jatuh, dan kucing tu x nampak, saya dgn sengaja beri arahan kat dia dgn menyatakan kat mana cicak tu jatuh, boleh pulak kucing tu faham cakap sy.. Agaknya mungkin sbb sy dah bela dia sejak lahir, dah ada keserasian... :-)

    ReplyDelete
  3. Actually memang banyak kisah kucing yang menarik.
    Kisah kucing boleh tahu beri petanda bahawa ajal sesaorang itu dah dekat pun saya pernah baca.

    Kucingkan binatang kesayangan Rasulullah. :)

    Tq zaki. Suka baca ce5rita anda.

    ReplyDelete

syukran

sudi mengikuti Dunia TashQash. Terima kasih...

Aksi Kenangan

Renung-renungkan....

Tasya and Aqash bela hamster la pulak...