ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS

ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS
harga biasa RM171. Minggu ini hanya RM141. Untuk seorang pelanggan sahaja. Cepat!

Selling and Sharing. Sambil membeli-belah sambil kita bercerita, berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

Showing posts with label Mama dan Papa. Show all posts
Showing posts with label Mama dan Papa. Show all posts

Thursday, July 22, 2010

UNTUK MAMA


Rabu lepas aku ke Hospital Pakar Perdana, mengambil ubat untuk Mama bagi tempoh sebulan. Rutin bulanan sebenarnya. Kalau mama tak ada sebarang komplikasi memang ubat-ubat yang biasa diambilnyaboleh diteruskan. Tapi kalau Mama ada masalah, terpaksalah bersusah sikit bawa Mama jumpa doktor.

Dah hampir sebulan mama dibenarkan pulang selepas hampir tiga minggu di rawat di hospital. Alhamdulillah, kali ini pun Mama melepasi saat-saat kritikalnya. Masa nak balik dulu doktor menjangkakan mama perlu dibawa balik bersama rice tube. Tak boleh makan macam biasa bila Mama disahkan diserang mild stroke sekali lagi dan menghadapi masalah untuk menelan makanan. Inilah keadaan mama masa di hospital. Sayu hati tengok mama dengan rice tube, oksigen. Luluh jiwa lihat penderitaan Mama.


Tapi ternyata Allah makbulkan doa kami. Di luar jangkaan doktor Rice Tube pada Mama boleh ditanggalkan dan Mama boleh makan seperti biasa. Cuma kena pastikan makanan untuk mama adalah lembut dan senang dihadam. Mungkin juga berkat ikhtiar kami mencuba pelbagai penawar lain untuk Mama selain ubat-ubatan hospital. Apa pun sekalung budi dan terima kasih tak terhingga buat Doktor Munawir yang sejak sekian lama merawat Mama. Dia memang seorang doktor yang sangtat prihatin.

Sekarang Mama di rumah. Keadaannya stabil. Tapi Mama perlukan perhatian rapi. Perlukan sokongan dan sentiasa ditunjukkan kasih sayang. Aku redha menjaga Mama. Tidak sedikit pun aku rasa terbeban untuk menguruskan Mama. Alhamdulillah anak-anakku yang masih kecil itu juga sangat prihatin pada Mama.

Setiap saat aku berdoa semoga Allah sentiasa memberikan aku kekuatan dan ketabahan untuk menjaga Mama. Untuk menjaga Papa juga yang kebelakangan ini semakin uzur. Moga Allah sentiasa melapangkan pintu reezekiku untuk dapat kuberikan yang etrbaik buat Mama dan Papa. Terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan aku peluang untuk terus berbaktik kepada Mama dan Papa.



Catatan: Aku bukan peminat Dikir Barat, tapi wording Dikir Barat ni cukup menusuk.

Sunday, June 13, 2010

Mama oh Mama


Mama tersayang terpaksa di masukkan ke ICU. Rasanya sudah tidak ada air mata untuk menangisi mama. Hancur luluh hati melihat penderitaan mama. 17 tahun menderita sakit, bukan satu tempoh yang singkat. 17 tahun saya lalui segala ranjau menguruskan mama. Ternyata bukan mudah namun saya masih bersyukur kerana Allah sentiasa memberikan saya kekuatan.

Kali ini mama di ICU lagi. Sudah beberapa hari mama demam. Bila dibawa ke hodpital rupanya keadaan mama jauh lebih buruk dari yang kami jangkakan. Saat-saat begini hanya doa yang terdaya dipanjantkan. Semoga Allah selamatkan mama.

Untuk menjaga mama di ICU memang agak sulit. Malah sebenarnya mustahil dengan dua anak kecil yang tak boleh berenggang. Saya cuma berharap mama dapat segera keluar dari ICU.

Ya Allah! Suratkanlah yang etrbaik buat kami.
syukran

sudi mengikuti Dunia TashQash. Terima kasih...

Aksi Kenangan

Renung-renungkan....

Tasya and Aqash bela hamster la pulak...