Masakan Ibu (1)
Seikat sayur kasih,
semangkuk santan cinta,
sesudu garam mesra,
seulas bawang harapan,
semuanya bersatu dalam
belanga sayangnya.
Di meja,
aku menunggu
dengan pinggan rindu
penuh syahdu.
Sejak mama terlantar sakit, aku tak dapat lagi merasa masakannya. Sudah 17 tahun kini mama terlantar lumpuh. Jauh di dalam hati, aku teramat rindu untuk mengecap kembali air tangan mama. Namun apakan daya.....
Aku pula bukanlah a good cook. Memang tak pandai masak. Jarang-jarang memasak atas banyak faktor. Tapi sekarang semenjak anak-anak makin besar, tiba2 aku jadi suka sangat ke dapur. Tambah pula anak-anak sedang suka makan dan kurang minum susu. Kalau sebelum ni banyak makanan beli di luar saja, tapi sekarang rasa seronok masak untuk anak-anak. Lebih seronok bila anak2 jauh lebih berselera makan makanan yang kumasak daripada yang dibeli di luar. Inilah barangkali yang dikatakan air tangan ibu.
Kurakamkan sebahagian menu untuk anak2 sebagai kenangan (Anak2 tak makan green vege :( so setiap makanan tak adalah hijaunya):
Mihun Sup.
Tasya dan Aqash suka sanga2. Sampai licin mereka makan.Ini satu lagi masakan kesukaan anak-anak :
Nakaroni goreng
Satu tengahari Tasya dan Aqash makan nasi sampai bertambah2. Jarang mereka makan nasi beretambah. Lauknya bukan apa, ibu sekadar masakkan telur masak kicao.
Tapi... ada juga yang anak2 tak nak mkan. Ibu masak nasi goreng campur ikan bilis. Anak2 tak suka ikan bilis. So ibulah yang kena habiskan untuk menambahkan berat badan yang memang semakin berat. Hehehe!
Begitulah, sekarang aku percaya pada ungkapan 'air tangan ibu'. Insya Allah lepas ni ibu akan cuba perbaiki skill memasak ibu. Demi anak2 yang ibu sayangi.
Last ada satu lagi puisi untuk sama-sama kita renung:
MASAKAN IBU (2)
Seorang teman
suatu hari membawa aku
untuk makan-makan
di sebuah restoran mewah
saat duduk
mengadap hidangan
dia mula memuji
keenakannya
dan dia jadi
tidak percaya bila
kukatakan padanya
bahawa di dunia ini
tidak ada yang lebih enak
dari menikmati
masakan ibu
sambil tersenyum
aku menjelaskan
pada masakan ibu
ada perencah istimewa
kasih + sayang
sedang di sini
perencahnya Cuma
untung + wang
No comments:
Post a Comment