Ini catatan kenangan kami sekeluarga:
9 Oktober 2010
Kami sekeluarga bertolake Besut kerana esoknya ada majlis akad nikah Hayati. Nak bertolak pada hari majlis pun boleh, tapi saja abah tak nak rush sambil nak bawa anak-anak bercuti. Sampai di Besut sekitar jam 4 petang. Di sinilah tempat penginapan:
Ini kali ke dua menginap di sini. First dulu waktu Tashya umur 2 tahun semasa abah ada urusan kerja di Besut. Suka menginap kat sini sebab dekat dengan pantai.
Petangnya lepas solat Asar terus ke pantai. Memang cantik. Udara pun segar. Pengalaman pertama untuk Tasya dan Aqash bermain pasir di pantai. Ibu sebenarnya sangat berhati-hati melepaskan Tasya dan Aqash bermain. Bimbang dibawa ombak. Walaupun seronok melihat pemandangan indah, tapi sentiasa waspada memerhatikan anak-anak bermain. Mereka memang enjoy! Seronok sungguh main pasir. Nasib baik sempat beli toys untuk main pasir sebelum datang, itu pun kebetulan jumpa. Sebahagian gambar yang sempat ibu rakam:
Gelagat tasya dan Aqash bina istana pasir sama abah. tapi istananya tak siap-siap sampai kami tinggalkan pantai. Ha! Ha! Ha!
Bahagianya Tasya dan Aqash melalui pengalaman pertama mereka bermain pasir dan ombak. Tapi ombak memang boleh menjadi ganas. Dalam ibu beringat-ingat pun Aqasyah hampir dihanyutkan ombak. Nasib baik sempat kami sambar. Sebab nak selamatkan Aqash, kamera ibu dah terendam air. Aduh! Tak dapat ambil gambar lagi lepas tu. Rasa ralat, tapi syukur sangat-sangat sebab Aqasyah tak apa-apa.
Esoknya 10.10.10, majlis akad nikah Hayati. Majlisnya jam 2, jadi sempat jalan-jalan lagi. Abah bawa kami ke Pantai Bukit Keluang. Memang cantik. Sayang ibu dah tak dapat ambil gambar. Tapi untuk kenangan anak-anak ibu carilah apa-apa gambar yang sesuai dari internet and paste kat sini.
Lepas Zuhur kami bertolak ke masjid Hadhari Jerteh tempat majlis akad nikah berlangsung. Lagi sekali, sayangnya tak boleh ambil gambar! Harap-harap lepas ni Hayati boleh hantar gambar yang dia ambil untuk diupload. Cantik sangat masjid tu. Rasa bertuah dan gembira ibu dapat solat di situ. Ini ibu ambil gambar dari internet sebagai kenangan untuk anak-anak ibu tersayang.
Lepas majlis akad nikah terus bertolak pulang ke KB. Agak rushing kerana malamnya abah akan menaiki kapal terbang ke KL. Apa pun, pengalaman dan kenangan di Besut adalah antara yang terindah untuk anak-anak. Mereka enjoy. Semoga Allah masih memberi ruang untuk kami sekeluarga melalui saat-saat bahagia bersama begini lagi.
Catatan ini ibu tulis untuk kenangan anak-anak. Nanti bila dah besar dan pandai membaca, baca ya sayang! Love all of you so much!
sronoknya dapat tgk anak2 kita bersronok.. sy pun wat blog utk tatapan anak2 suatu hari kelak jugak.. slmat berkenalan dan sudi2 la berkunjung ke blog sy..
ReplyDeleteSelamat berkenalan. Memang bahagia sangat melihat anak-anak membesar. Nanti bila mereka dah besar, saya tahu saya akan sangat rindukan keletah mereka
ReplyDeletejadilah engkau seorng ibu pendusta
ReplyDelete