ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS

ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS
harga biasa RM171. Minggu ini hanya RM141. Untuk seorang pelanggan sahaja. Cepat!

Selling and Sharing. Sambil membeli-belah sambil kita bercerita, berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

Wednesday, October 6, 2010

AKU CUMA TERATAI


Lama tak buat entry puisi. Sibuk dengan bisnes yang baru berkembang. Apa pun ini puisi dari koleksi puisi yang pernah saya tulis. 

AKU CUMA TERATAI

Aku cuma teratai,
damai di air
akar tak cecah ke bumi
mempamer tenang
menguntum indah di kolam hidup
cantiknya mengundang tetamu datang
melepas pandang
sambil menjalin mesra
bersilih ganti pada putaran hari
pun itulah penawar sepi.

Aku Cuma teratai
kerdil diri di luas buana
bukan tempat pautan cinta
pasti juga tak mampu
menanggung bebanan rindu
terapung pasrah
pada segala suratan.
Aku Cuma teratai
bukan bunga idaman kumbang
hadir sekadar penghias kolam
Maafkan,
kalau aku
tak pandai bercumbu!

No comments:

Post a Comment

syukran

sudi mengikuti Dunia TashQash. Terima kasih...

Aksi Kenangan

Renung-renungkan....

Tasya and Aqash bela hamster la pulak...