Lama tak tulis pasal Tasya dan AQash. Al maklum ibu sibuk memanjang. Nak update blog pun kadang tak sempat. Anyway, puteri dan putera ibu dah makin besar. Aqash baru sambut ulang tahun ke 2 17 september lepas. Majlis kecil-kecilan. Nak upload foto sampai hari ni tak buat. hehehe! Tasya pun dah makin petah. Nakalnay dah kurang sikit (sikit jer). Yang pasti dua-dua masih cinta hati ibu dan selamanya akan jadi cinta hati ibu.
Hari ni nak upload gambar-gambar kenangan Tasya dan Aqash. Waktu Abah cuti memang selalu ditunggu oleh Tasya dan Aqash. Inilah masa mereka keluar rumah, lihat dunia luar. Ibu rakamkan semuanya sebagai kenangan. Kenangan kasih sayang ibu dan abah untuk anak-anak.
Agenda penting masa Abah cuti ialah pergi shopping. Bukan beli apa pun, beli diapers dan susu anak-anak jer. Tapi Tasya dan Aqash, kalau gi shopping inilah yang paling mereka suka. :
Ini pun satu lagi aktiviti kesukaan Tasya dan Aqash. Bagi makan rusa dan tengok burung merak kat Taman.
Main Playground. Aduh! Bahagianya jadi anak2. Main jer kerja mereka
kALAU MASA MAKAN PUN, KENA CARI KEDAI MAKAN YANG ADA TEMPAT MAIN. bARU AMAN SIKIT IBU DAN ABAH NAK MAKAN.
Paling seronok bila dapat mandi swiming pool. First time mandi swiming pool ni. Baju mandi pun ibu tak sempat nak beli. Tapi memang Tasya dan Aqash suka giler! Mula-mula takut2 lepas sepuluh minit memang seronok. Aqash sejuk menggiggil pun tak nak keluar kolam.
Pendek cerita. Kalau 4 hari abah cuti, empat harilah penuh aktiviti. Penat dan letih ibu tolak tepi, janji anak-anak gembira. Sebenarnya bila Tasya dan Aqash makin besar, ibu mula rindu pada waktu kalian kecil. Penuh keletah. Setiap detik dan waktu bersama kalian adalah kebahagian ibu. Ingatlah selalu sayang, kelak bila dewasa jadilah seperti pohon, subur memberi untung, rendang memberi bayang. Doa serta kasih ibu serta abah tak akan berakhir.
Selling and Sharing. Sambil membeli-belah sambil kita bercerita, berkongsi pengalaman dan pengetahuan.
Wednesday, September 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment