ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS

ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS
harga biasa RM171. Minggu ini hanya RM141. Untuk seorang pelanggan sahaja. Cepat!

Selling and Sharing. Sambil membeli-belah sambil kita bercerita, berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

Monday, June 21, 2010

DUNIA TASYA DAN AQASH

Apa lagi yang anak-anak tahu selain daripada bermain dan bergembira. Itulah dunia Tasha dan Aqash. Tak kira kat mana, nak main jer kerja dia orang. Kat hodpital pun nak main. Mereka belum faham kalau ibu sedang sedih dan bimbang dengan keadaan mama. Mereka tak tahu kalau ibu di hospital untuk berada bersama mama.

Penat ibu sepanjang hari di hospital melayan kerenah Tasya dan Aqash. Kejap-kejap keluar bilik, berlari sana sini. Menyanyi menari. Aduh! Sampai semua staf kat wad tu kenal Tasya dan Aqash.

Bahagianya hidup dalam dunia anak-anak. Ibu usahakan untuk tetap gembira melayan kerenah kalian walaupun hati ibu menangis tiap kali melihat keadaan mama.

Anak-anakku
tangis kalian iramanya manja
rengekan menagih sejuta cinta
ketawa kalian iramanya bahagia
penawar duka penambah ceria

No comments:

Post a Comment

syukran

sudi mengikuti Dunia TashQash. Terima kasih...

Aksi Kenangan

Renung-renungkan....

Tasya and Aqash bela hamster la pulak...