ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS

ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS
harga biasa RM171. Minggu ini hanya RM141. Untuk seorang pelanggan sahaja. Cepat!

Selling and Sharing. Sambil membeli-belah sambil kita bercerita, berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

Friday, June 18, 2010

Tahniah untuk Syawal



19. Jun 2010. Hari graduasi buat Ahmad Syawal Hafriz Abdullah. Tamatlah pengajian peringkat a level di KYUEM selama dua tahu. Ogos nanti Insya Allah akan terbang ke UK.

Siapa Syawal dalam hidupku.
Dialah antara insan yang paling aku sayangi. Dialah insan yang kuasuh kubelai sejak kecil hingga dewasa. Walaupun dia bukan lahir dari rahimku, namun kasihku tak ada bezanya. Kuhabiskan sebahagian usia mudaku menjaga dan mendidiknya. Dia terlalu istimewa.

  • Lulus cemerlang dalam ujian penilaian tahap satu yang membolehkannya melompat terus ke tahun lima tanpa perlu melalui tahun empat persekolahan.
  • 5A dalam UPSR
  • 8A dalam PMR. Menerima hadiah dari al Sultan Kelantan sebagai salah seorang pelajar cermerlang negeri Kelantan.
  • 12A1 SPM. Kejayaan yang paling bermakna bukan sahaja dalam hidup syawal malah dalam hidupku juga.

Dan kini Syawal melangkah setapak lagi ke hadapan. Tonton video ini sayang. Ibu harap Awal suka.




Dan di kesempatan ini ibu nak luahkan:

Ibu sayang Awal dan masih sayang tak kira apa pun berlaku.
Ibu akan selalu doakan awal.
Ibu redhakan sebuah perpisahan
Ibu bangga menghabiskan 17 tahun bersama Awal.
Ibu bahagia mengecapi segala pengalaman bersama Awal.

Tahniah Awal! Ini masih permulaan kepada pejalanan yang panjang.
Last, ibu sentiasa sayang Awal. Sayang ibu tak berubah walau kini ada Tasya dan Aqasy dalam hidup ibu

No comments:

Post a Comment

syukran

sudi mengikuti Dunia TashQash. Terima kasih...

Aksi Kenangan

Renung-renungkan....

Tasya and Aqash bela hamster la pulak...