ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS

ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS
harga biasa RM171. Minggu ini hanya RM141. Untuk seorang pelanggan sahaja. Cepat!

Selling and Sharing. Sambil membeli-belah sambil kita bercerita, berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

Saturday, June 26, 2010

Permintaan Tasya


Foto kenangan sewaktu kelahiran Aqasyah 17.September.2008

Hampir dua minggu kini berulang-alik ke Hospital Pakar Perdana bersama anak-anak untuk bersama mama yang masih dirawat. Biasanya akan keluar jam sebelas pagi dan pulang selepas jam lapan malam. Rutin yang meletihkan dan membuat banyak kerja tergendala sebenarnya. Namun demi berada bersama mama dan tidak membuat mama berasa keseorangan di hospital, aku sanggup.

Tasya dan Aqash macam biasa, tetap gembira dengan dunia mereka tak kira di mana. Ada saja aktiviti yang mereka nak buat. Terbaru, mereka suka sangat tengok new born baby dari cermin kaca nurseri hospital. Letih ibu terpaksa dukung dua-dua sekali bila nak tengok baby. Tak kisah.... asal Tasya dan Aqash bahagia.

Terbaru juga, Tasya tiba-tiba kata: "Ibu, kakak nak baby macam tu. Ibu bagi kakak baby macam tu ya. Kakak nak sayang dia, nak jaga dia, nak kumni dia." (kumni = bahasa Tasya yang bermaksud dukung ;)

Ibu senyum dalam bimbang. Nak baby lagi satu, bukan tak teringin, tapi Dokter Awang Nila yang kendalikan kelahiran Tasya dan Aqash dah nasihatkan jangan. Tiap kali terserempak dengan ibu dia mesti akan pesan "Amy, jangan pregnant lagi"

Tambah pula, ibu sendiri tak yakin boleh handle seorang lagi baby. Tambah lagi, pengalaman dua kali masuk OT untuk lahirkan Tasya dan Aqash memang ngeri amat untuk ibu. Rasa tak sanggup nak masuk OT lagi. Recovering proses lepas pembedahan pula memang suffer amat. Ibu tak ada masa nak berpantang-pantang. Keluar saja dari hodpital dan pulang ke rumah, ibu dah uruskan segalanya. Uruskan anak, uruskan mama yang lumpuh. Sakit memang tak ada yang tahu.

Namun ibu sudah redhakan semaunya. Susah itu tak terbanding dengan penderitaan yang terpaksa mama tanggung. Alhamdulillah, Allah kurniakan ibu anak-anak yang sihat dan cerdas. Cuma untuk ada seorang lagi baby..... ibu belum sedia Tasya.

Agaknya inilah yang Dr. Awang Nila lakukan masa keluarkan Tasya dan Aqash dulu. Aduh! Ngerinya!


No comments:

Post a Comment

syukran

sudi mengikuti Dunia TashQash. Terima kasih...

Aksi Kenangan

Renung-renungkan....

Tasya and Aqash bela hamster la pulak...