ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS

ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS
harga biasa RM171. Minggu ini hanya RM141. Untuk seorang pelanggan sahaja. Cepat!

Selling and Sharing. Sambil membeli-belah sambil kita bercerita, berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

Friday, July 16, 2010

Menggubah Sepi

MENGGUBAH SEPI


i

Sepi menghantar asing

ke daeah diri….

kukutip serpihan sepi

lalu kucantum

membentuk sekotak tabah

berbalut pasrah

berenda taqwa

di dalamnya termuat sarat

derita perjuangan bermusim.


ii.

Malam melamar sunyi

ke laman peribadi…

kususun kepingan sepi

lalu kubina

membentuk istana tabah

berdinding iman

berlantai pedoman

di atasnya terentang atap pengalaman

pelindung hujan dan panas dugaan.



iii.

Subuh menmgirim bening

ke taman hati…

kurangkai butiran sepi

lalu kujalin

membentuk seutas tasbih

bertali insaf

bertatah zikir

di hujungnya tersimpul setulus doa

penyuluh gelita laluan,


Ini kugubah sepi

bagai hantaran persandingan

untuk keras kehidupan

yang sejak sekian musim

telah kukahwini

atas takdir Ilahi.




Catatan: Puisi ini pernah tersiar di Dewan sastera bertahun-tahun yang lalu. Aku makin merindui dunia puisiku.


1 comment:

syukran

sudi mengikuti Dunia TashQash. Terima kasih...

Aksi Kenangan

Renung-renungkan....

Tasya and Aqash bela hamster la pulak...