ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS

ISTIMEWA MINGGU INI JIMAT RM30 UNTUK ELKEN SPIRULINA 500 TABLETS
harga biasa RM171. Minggu ini hanya RM141. Untuk seorang pelanggan sahaja. Cepat!

Selling and Sharing. Sambil membeli-belah sambil kita bercerita, berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

Thursday, July 8, 2010

SESEKALI KITA PERLU BERTERIMA KASIH


SESEKALI KITA PERLU BERTERIMA KASIH



Sesekali berterimakasihlah

pada payah pengalaman

kerana ia adalah kuliah kehidupan

dari kampus alam

yang memberikan ijazah berani

bagi mendewasakan diri


Sesekali berterimakasihlah

pada luka kekecewaan

kerana parut hitamnya

telah mengenalkan erti kesakitan

untul lalu membuat diri

jadi waspada

di perjalanan


Sesekali dalam hidup

kita perlu merenung

dan berterima kasih

pada sekian banyak perkara

yang menemukan kita

pada hakikat

tak semua harapan itu

akan menjadi nyata

seperti juga

tak semua yang nyata itu

adalah harapan kita.



3 comments:

  1. perkataan yang senang untuk ditulis tetapi sukar untuk menyebutnya...
    errrr terima kasih

    ReplyDelete
  2. Salam Amy. Abang long minta izin forward puisi ni kepada kawan2 dan rakan2. Hope its okay with you.

    Abang Long Zahari

    ReplyDelete
  3. Dialu2kan. Apalah ertinya karya jika tidak dikongsi. Semoga ada manfaatnya

    ReplyDelete

syukran

sudi mengikuti Dunia TashQash. Terima kasih...

Aksi Kenangan

Renung-renungkan....

Tasya and Aqash bela hamster la pulak...